Thursday, March 28, 2013

Boikot Memboikot


Assalamualaikum semua..

Isu boikot memboikot ni dah lama berlanjutan..Aku rasa bukan di Malaysia sahaja tapi merata dunia malahan sampai sekarang masih lagi meneruskan usaha boikot memboikot ni..

Aku terpanggil untuk bercerita pasal isu ni dah lama tapi masih tidak berkesempatan untuk mengarang je..

Waktu mula2 isu boikot memboikot ni aku tak peduli pun..Sampailah aku terbaca satu cerita kat blog kawan aku..Aku kenal dia di blog juga..Ini blog dia..

Cerita ni yang buat aku sedar..

"Mantop" satu ketika dahulu. Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu. Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.

"Apa gunanya air yang setitis itu?" Burung besar menyindir.

"Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim," jawab burung kecil.

"Ha..ha..ha usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi.

Anda tahu apa jawapan burung kecil?

Jawapannya begini:

"Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu...

"Mendengar jawapan burung kecil itu, sekalian burung yang besar terdiam.

Ya, kalau kita umpama "si burung kecil" dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi... siramlah walau "setitis air" untuk memadamkan keganasan.

Cerita ni memang buat aku terfikir dan berfikir apa yang aku buat untuk memerangi kekejaman Israel..Aku tak mampu untuk berperang melawan Israel tapi cukuplah sekadar usaha aku yang kecil ini dapat memerangi kekejaman Israel..Aku boikot barangan Israel..Terutama MCD kerana terbukti mereka menyalurkan segala keuntungan mereka kepada Israel..

Aku pernah terbaca kata-kata ulama yang menyokong usaha boikot memboikot lagi membuatkan aku sedar..
"Setiap riyal, dirham... yang digunakan untuk membeli produk mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru yang digunakan untuk menembak saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban untuk tidak sekali-kali membantu (musuh Islam) dengan membeli produk mereka. Membeli produk mereka adalah menyokong tirani, penjajahan dan kekejaman."

Dan baru-baru ni aku dapat berita yang usaha boikot memboikot ni berjaya kerana sale MCD jatuh menjunam di Malaysia..Sampaikan pihak MCD telah membuat satu perjumpaan dengan persatuan #save gaza supaya menghentikan usaha boikot memboikot ni..Nampak tak usaha kita yang sekecil ini tapi memberi impak yang sangat besar..

Tanyalah pada diri kita apa yang kita buat untuk memerangi kekejaman Israel sebelum Allah s.w.t tanya apa yang kita buat..

Pada yang tak menyokong usaha boikot memboikot ni bagi aku jangan memperlekehkan usaha orang lain untuk memboikot dan janganlah merasa bangga tayang di fb, instagram, twitter & sebagainya kerana usaha anda menayang gambar begitu menghiris perasaan orang yang selama ini menyokong usaha boikot memboikot ni..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...