Saturday, April 6, 2013

Lepaking @ Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam


Assalamualaikum semua..

Minggu ni minggu final exam untuk aku..Sem ni memang aku amik 2 subjek je..Tak larat nak amik banyak-banyak..Lantaklah orang nak cakap aku belajar lama sangat ke hapa..Pedulikan..Janji aku tak mintak duit korang nak bayar yuran..;p

Pagi-pagi lagi kami dah ada kat sini..Perpustakaan ni buka pukul 10.00 pagi..Aku pilih perpustakaan ni sebab tempat dia selesa & best..Kau nak discuss ada bilik discussion..Tak ganggu orang pun..

Kitorang amik tingkat untuk dewasa..Niat di hati nak amik tingkat remaja..Remaja ker???

*cough*

Nasib baik sedar diri..;p

Kat sini satu hari nak lepak memang selesa..Nak baca buku sambil baring pun boleh..Agak2 boring boleh tengok tv..Macam kat rumah..Lagipun kat sini ada cafe, ada surau, toilet pun selesa..Puas hati..Banyak2 library aku jumpa disini paling best..

Aku share gambar..Gambar ini diambil oleh kawan aku rupanya ada udang disebalik batu..Konon ambil gambar aku tapi...

Beria aku posing..Rupanya motif & fokus ditempat lain..Hampeh.com betul..

Sekali lagi..

Dan sekali lagi..Korang dapat tangkapkan motif kawan aku ni..Sengal tul..

Part paling best kami lunch kat cafe..Ambil macam-macam lauk tapi harga sangat berbaloi..

Kitorang punya nasi hanya RM4.50 sahaja..Murahkan..

Dan yang menarik perhatian kat cafe ada tutti frutti juga..Beli tutti frutti lagi mahal dari nasi..Sorry gambar x de ye..

Lupa nak beritahu exam aku dah abis..Malam ni nak jalan-jalan pergi uptown..Dah lama kau aku tak keluar malam minggu..Malam ni rasa excited terlebih sikit..

Oklah korang nak siap..Karang pakcik tu balik tengok aku tak siap lagi mahu kena bebel..;p

2 comments:

azzey said...

dh lama x pg library..;)

Siti Hajar Masri said...

azzey:

kalo x exam x pegi jugak..hehe~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...