Wednesday, May 29, 2013

Teduhan Kasih - Aktiviti Petang Yang Boleh Tersenyum2 Depan TV


Assalamualaikum semua..

Aku jarang nak tengok tv sejak akhir-akhir ni..Maksudnya tak tengok cerita yang bersiri bagai..Aku suka tengok chanel diva universal..Cerita Law & Order, Smash, Guys With Kids, Suit & macam-macam lagilah..

Bukan tak layan cerita melayu tapi malas nk tengok bersiri..Tapi lately ni pukul 7.00pm - 8.00pm janganlah kacau aku..Nak ajak makan sushi pun aku tak layan..Nak balik awal sokmo..Buat kerja pun seboleh2nya siapkan sebelum balik..

Gara-gara nak tengok drama teduhan kasih kat tv3..;p


Cerita ni best..Sebenarnya tambah lagi best sebab ada Adi Putra..Actually memang cerita ni best pun..Macam2 dugaan Iffah ni hadapi..Mula2 dengan laki dia..Kawan baik lepas tu mak dengan kak long dia yang layan dia macam hamba..


Paling best tengah sakit2 nak bersalin ada pulak mamat hensem tolong..Bukan setakat tolong hantar kat hospital..Temankan masa bersalin pulak tu siap azankan anak kau lagi..Gila tak best..

Pulak tu mamat hensem tu adalah Adi Putra..Kalau aku confirm nak cepat baik dalam pantang..Kau suruh telan jamu berbotol2 pun sanggup..Suruh telan air herba laju je minum sebab nak nampak hot depan Adi Putra..Haha..

Kalau bukan AP aku rasa orang akan tengok jugak kot..Sebab jalan cerita dia memang best..Cerita ni pun adaptasi dari novel..


Aku nak cari novel nilah..Nak tahu ending dia macam mana..hehe~

1 comment:

faeez said...

Assalam...
Sama la..saya pun nak cari novel ni..dah pergi Popular..x jumpa pun..x sabar nak tau ending...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...