Friday, June 21, 2013

Tempat Menarik Di Melaka


Assalamualaikum semua..

Aku ni nama je berkahwin dengan orang Melaka tapi tempat menarik Melaka tak berapa nak tahu juga..Baru2 ni makcik aku ajak pergi berjalan di Melaka..Aku dah book siap2 apartment kami..

Aku pun google tempat-tempat menarik di Melaka..Aku akan pergi weekend nih..Aku buat satu entry ni nak share dengan koranglah..Kot2 korang nak pergi jugakkan..;p
 
Menara Taming Sari..Berdekatan dengan Dataran Pahlawan..Wajib pergi aku rasa sebab dari situ kita boleh tengok pemandangan Melaka..

Harga Tiket Dewasa - RM20.00  Kanak-kanak - RM10.00..Tak silap aku ada mykad dapat 50%..Kira murahlah kan..

Melaka River Cruise..Aku ingat nak pergi malam..Pemandangan lagi cantik katanya..

Harga tiket Dewasa - RM10.00  Kanak-kanak - RM5.00
Aku ingatkan mahal sangat..Rupanya murah je..Mohlah kita pergi ye..

Destinasi seterusnya Jonker Street..Kat sini macam-macam benda jual..Nak beli souvenir pun boleh..

Kota A' Famosa aku rasa wajib pergi..Seingat aku dulu ikut rombongan sekolah je aku pergi..Aku ingat nak bawak anak dara aku pergi tempat bersejarah macam ni..Biar dia kenal sikit tempat-tempat macam ni..

Dataran pahlawan ni aku selalu pergi setiap kali balik Melaka sebab barang kat sini banyak choice..Kasut untuk anak dara aku memang banyak choice kat sini..

Taman Buaya..Harga tiket Dewasa - RM10.00  Kanak-kanak - RM6.00..Aku rasa tak pergi pun tak pe kot..Sebab balik-balik tengok buaya tu kaku je..Macam patung..Pertunjukan ada pun buaya tu kaku juga..

Kat dalam Taman Buaya ni ada rumah hantu dengan jurassic park..Masing-masing tiket masuk RM3.00 je..
Taman Rama-rama..Harga tiket Dewasa - RM8.00  Kanak-kanak - RM5.00..Aku reject awal-awal sebab kat sini pun ada reptilia..Bila fikir reptilia ni confirm2 ada ular..Aku tak boleh tengok pun..Fobia..Tapi kalau korang nak pergi ok je..Aku je yang mengada-ngada..

Last sekali zoo melaka..Harga tiket Dewasa - RM10.00 Kanak-kanak - RM4.00

Aku rasa zoo melaka ni korang wajib pergi sebab zoo melaka lagi best dari zoo negara..Berdasarkan pengalaman..

Lepas pergi weekend ni aku akan update ye..;p 

**Semua gambar dari pakcik google..

5 comments:

Che Sakinah said...

yes! next destination in the list! lama dah tak datang melaka. last sekalai masa umur 15 tahun. :))

Eylizar said...

Last time pergi dengan anak2 2 tahun sudah plan tahun ni nak gi...tengok ada boat ride..best gak tu..gambar pun cantik...tq :)

Mommy Irhas said...

Thanks for your sharing.. sangat2 membantu..anak dah besar sikit, so sekarang la masanya nak bawa die melawat tempat2 yang menarik.. many thanks.

Mommy Irhas said...

Thanks for your sharing.. sangat2 membantu..anak dah besar sikit, so sekarang la masanya nak bawa die melawat tempat2 yang menarik.. many thanks.

Noor Ahmad said...

salam ziarah, pergi melaka mmg best ...blom hbs jelajah lagi bandar bersejarah nih:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...