Monday, September 30, 2013

Penangan Derma Darah


Assalamualaikum semua..

Hari Rabu yang lepas aku derma darah..Tak sangka lepas pulak..Selalu ada masalah tekanan darah rendah..Alhamdulillah dapat derma darah..Last aku derma pada tahun 2011..Lama kan..

Bila doktor kata boleh derma darah aku terlalu excited sampai lupa nak beritahu Zamri..Dah lepas derma baru ingat..Tapi call tak angkat pun sebab dia kalau kat site memang susah sikit nak angkat call..

Balik rumah baru beritahu sebab takut dia risau..Balik tu memang satu dugaan bagi aku..Rasa mengantuk yang tak boleh tahan2..Aku pasang radio bukan main kuat lagi..Lantaklah orang nak cakap apa..

Bila aku beritahu terus dia letak minyak gamat kat tempat kena cucuk tuh..Lepas tu terus aku tidur..Makan pun Zamri yang suap sebab aku macam tak larat sangat..Nasib baik hari Khamis aku memang cuti..Kerja aku tidur sahaja..


Sampai sekarang masih lebam lagi..Gambar tak berapa cantik sebab aku guna kamera nokia cokia..Macam tangan aku banyak daki plak ye..Tangan aku bersih ye..Hari2 lulur dan scrub mahu tak bersih..hehe~

Disebabkan masih lebam Zamri tak bagi aku derma lagi sebab dia memang tak boleh tengok aku sakit..Walaupun nampak lebam tapi tak sakit tetap dia tak bagi..Kalau aku kena pisau tengah masak..Dia tak bagi aku potong dah..Aku tinggal masak je tapi aku bukan jenis begitu..Tetap degil nak potong memotong tapi dia monitor aku..

Benda yang buat aku sakit dia dah tak bagi aku buat..Dia kata dia sakit tak pe jangan aku sakit..Sweet sangat..Sebab tu aku sayang sangat kat dia..;p

Bab derma darah lain kali aku pujuk mesti dia bagi punya..Bagi aku bila aku derma, darah aku mungkin dapat menyelamatkan satu nyawa..^_^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...