Thursday, February 28, 2013

Pentingnya Penjagaan V-zone


Assalamualaikum semua..

Saja jer nak share betapa pentingnya penjagaan v-zone kita..Sangat penting..Jangan ambil sambil lewa..

Kat sini aku nak share tips2 dari lactacyd..Silalah klik link bawah ni ye dan mungkin boleh dapat sample percuma lagi..


Aku tak faham majoriti toilet awam kat Malaysia ni jarang letak tisu..Takkan kita tak perlu nak keringkan lepas basuh..Biar je lembap..Mahu bermacam bakteria berkampung kat situkan..


Aku selalu guna lactacyd feminine wipe macam kat atas ni..Ia mengandungi lactic acid dan milk extract..Boleh buat bahagian V kita sentiasa fresh..Sekarang ni benda ni wajib ada dalam handbag aku..;p

Wednesday, February 27, 2013

Facial Time @ Ugie Beauty


 Assalamualaikum semua..

Sebulan sekali mesti aku wajib buat facial..Kalau tak dapat buat cuba cari masa juga..Sebaiknya buat facial sebulan sekali..Itu yang aku tahulah..

Tempat aku pergi mesti Ugie Beauty..Aku dah jadi customer diorang dah lebih 5 tahun aku rasa..Kat Ugie ni bukan setakat buat facial je..Macam2 ada..Produk dia pun ada dan macam2 produk juga dijual..


Inilah tempat dia..Dekat plak tu ngan rumah aku..Gambar aku amik dari website Ugie..


Sekarang diorang makin maju..Dah ada 4 cawangan..Website pun dah ada..Boleh shopping online untuk beli produk diorang..Aku tak pakai pun produk diorang..Cuma menjadi pelanggan setia facial..;p

Monday, February 25, 2013

Kasut Merah Lagi..;p

Assalamualaikum semua..
 
 
Hari tu pergi The Store kat Sg. Buloh..Saja jalan kat sana..Hari minggu mesti kena shopping..Tak shopping tak lengkap weekend aku..
 
Lalu kat kedai kasut nampak kasut kat atas tu..Zamri pun masuk belek2..Dia tanya nak tak??..Of cozlah nak..
 
Dia terus belikan..Aku masih terkejut sebab selalunya nak suruh dia belikan kena pujuk, buat muka comel dulu baru dapat..Ni tak payah buat apa-apa terus belikan..
 
Terima kasih pa..Agaknya Zamri tahu sangat bininya gila merah..Daripada meroyan baik belikan..haha~ 

Thursday, February 21, 2013

Ternak Lemak Di Mama Chop Papa Grill, Puchong

 
Assalamualaikum semua..
 
Aktiviti kitorang sekarang ni suka nak try mana2 restoran especially yang ada western ni..Budget omputihkan..
 
Kitorang selalu gak beli barang kat carrefour Puchong ni..Asyiklah lalu kat depan mama chop papa grill..
 
Last2 Zamri ajak kesini..Hati aku ni berat nak pergi..Tak tahulah kenapa..
 
 
 
Menu yang kami order malam tu..Waktu kami makan ni memang tak ada orang lain yang makan..Kitorang rasa macam pelik juga..
 
Aku fikir positif mungkin dah tengah bulan kot..Tapi bila makanan sampai patutlah orang tak ada..Bagi aku makanan dia kuranglah..Tak sedap..Sikit je dia bagi..Kedekut kot..
 
Pizza pun tak berapa sedap..Anak dara aku tak makan sangat sebab kakak kata tak sedap..Aku jugaklah kena habiskan..
 
Restoran ni aku tak rekemen korang pergilah..Tak try pun tak pe..Tak rugi pun..;p

Tuesday, February 19, 2013

Pengalaman Shopping Di Zalora..;p


Assalamualaikum semua..

Korang pernah dengar pasal online shopping Zalora..Mesti pernah dengarkan..Berlambak iklan dia dimana-mana..Iklan kat tv pun ada tau.. Suka tengok sampai je barang menjerit macam nampak hantu mak limah..haha~



Kalau tak tahu tu memang duduk bawah tempurung..Tak adalah sampai macam tu sekali..Korang tu je yang tak berapa nak peka dengan iklan-iklan kat internet atau kat tv..Jangan marah pada yang baru tahu tu..

Zalora adalah salah satu shopping online yang ada bermacam-macam jenama..Lebih daripada 20,000 jenama..Aku dah tentulah suka..Lagi-lagi shopping online..Nak ajak Zamri shopping balik-balik buat muka seposen suruh cepat..Bila shopping online aman dan damai nak memilih..;p

Aku pun dah lama tahu pasal zalora ni tapi selalu tumpang je dengan kawan..Tak pernah register pun..Baru-baru ni aku sign up dan FYI aku dapat voucher RM20 lagik..So, sekarang ni sesiapa sign up dengan Zalora akan terima voucher RM20..Siapa nak bagi RM20 korang..Senang-senang je dapatkan..


Tak percaya??Aku dah dapat pun..Dah guna pun..^_^

Aku suka shopping di Zalora sebab payment methods dia sangatlah menarik terutama cash on delivery..Kalau korang tak ada kad kredit ke, tak ada online bank ke..Tak pe korang boleh pilih cash on delivery..Like2..

Website dia pun sangatlah user friendly..Yang buta IT pun boleh shopping online..Janji ada internet..Mudah sangat nak beli..Klik2 je..Lagi satu penghantaran percuma tau..Kadang-kadang ada sesetengah online shopping ni mesti ada charge postage..Kadang-kadang postage lagi mahal dari barang..Zalora free shipping..

Baru-baru ni aku shopping kasut..Kasut dengan aku memang tak dapat dipisahkan..Aku memang tengah cari kasut flat..Senang nak berjalan..Tak adalah asyik pakai heel je..Kat Zalora memang banyak choice untuk kasut..Rambang mata kot..Akhirnya 2 pasang kasut aku beli..

Lepas 2 hari kasut aku sampai..Suka sangat kasut2 tu..Tak sabar nak pakai..hehe~

Cantikkan..Siapa nak beli kliklah link ni ye..

Kalau barang korang sampai tu rosak, pecah, tak menepati citarasa boleh je tukar dalam masa 30 hari..Pemulangan pun free juga..Profesionalkan..;p

Dah pakai pun..Korang abaikan kasut yang lain2 tu..Tak de kena mengena langsung dengan Zalora..Menyibuk lebih bila aku snap gambar..

Apalagi korang jomlah shopping kat www.zalora.com.my ..Nak belanja aku pun ok gak..;p

Baucar Buku 1 Malaysia


Assalamualaikum semua..

Aku dapat baucar buku 1 Malaysia..Selagi bergelar student memang akan dapat..Tak sangka kerajaan persekutuan akan bagi lagi dan tahun ni dapat RM250 berbanding tahun lepas hanya RM200..

Aku pelik ada yang sampai nak jual baucar ni..Kalau ko tak nak bagi aku..Pandailah aku nak membelanjakan baucar tu..

Hari Sabtu lepas aku terjahlah popular..Popular jadi pilihan aku sebab aku ada kad member..Boleh dapat diskaun lagik..;p

Tapi lecehnya tahun ni..Mula2 dah amik macam2 barang..Bila sampai kaunter baru tahu ada syaratnya..Bila spend RM150 baucar kena beli buku yang bernilai RM120 dan selebihnya stationery..Tahun lepas bebas..Aku just guna RM150 je..

Aku kena patah balik pilih buku lagi..Dekat 3 kali aku ulang alik cari buku nak cukupkan RM120..Last2 terlebih pulak..Habis RM150 untuk buku sahaja..Stationery aku bayar sendiri..Settle masalah..

Stationery sahaja aku spend dekat RM80..Yang ni bayar sendiri..Tak guna baucar pun..

Buku-buku yang aku beli menggunakan baucar..Banyak buku kakak ngan adik jer..

Lagi RM100 baucar mungkin lain kali baru guna..Mana tahu nanti ada buku aku nak kena belikan..Sesiapa dapat baucar silalah manfaatkan baucar anda ye..

Monday, February 18, 2013

Terjah Butik Rina Salleh


Assalamualaikum semua..

Akhirnya aku dapat terjah juga ke butik Rina Salleh..Asyik tengok kat instagram Kak Rina jer..Kami pergi hari tu lepas habis kelas..Sebenarnya tak habis pun..Lecturer sampai lambat..Kononnya nak buat test sekali test dibatalkan..Maka, kitorang yang tak suka buang masa ni pergilah berjalan..;p

Bagus tak reason aku..haha~

Senang je nak cari Butik RSC ni..Dekat seksyen 7 bersebelahan dengan Papparich..RSC kat tingkat atas..Bila sampai kagum kejap sebab kedai dia macam comel sangat..Pekerja pun comel..Waktu tu memang tak ada orang..Macam2 kami try baju..Last2 aku sorang je beli..Hampeh.com betul kawan aku nih.. 

Sempat lagi berposing..;p

Aku beli peplum dan skirt..Gambar peplum dan skirt tunggu aku pakai ye..Nanti aku akan update lorr..Itupun kalau rajin..hehe~

Wednesday, February 13, 2013

Restoran Ali Cafe 3 Rasa @ USJ, Taipan

 
Assalamualaikum semua..
 
Hari Sabtu lepas kami terjah makan kat sini..Balik dari Bukit Tinggi, Pahang..Next entry aku cerita ye..
 
Sebenarnya kitorang dah tak tahu nak makan apa..Last pergi sini sebab pernah tengok JJCM pernah terjah kesini..Mohlah kita try..Tak try tak tahukan..
 
Restoran ni nampak ekslusif..Best je bila ada kat dalam..Kebetulan CNY orang pun tak de..Makan dengan bahagianya..;p


Cantik sangat dekorasi dalam restoran ni..

Menu kami..Semua sedap..Meriah dengan isi..Tak kedekut..Ayam goreng sedap..Telur dadar pun sedap..Macam makan kat rumah jer..Nasi pun banyak..Kalau untuk budak better share sepinggan jer..Banyak kot nasinya..

Ikan pari panggang..Sedap..Banyak sayur plak tu..
 
Aku bagi 9/10 rating untuk restoran ni..Puas hati..Harga berpatutan dengan dekorasi, menu dengan servis..Semua menu tu tak sampai pun RM50..Kira oklah..
 
Siapa nak try aku rekomen sangat..^_^


Tuesday, February 12, 2013

Tersedar


Assalamualaikum semua..

Baru2 ni ada pengiklan nak suruh aku buat review pendek pasal produknya..Aku pun berminatlah..First time kot..Aku ada minta nasihat pada redmummy..TQ kak red..Jasamu dikenang..

Diorang suka cara penulisan aku..Tetiba rasa bangga..Aku pun reply emel diorang and diorang ada offer nak bagi voucher..Bila tanya pendapat kawan2 aku diorang rasa sikit sangat apa yang diorang nak bagi tu..Lama juga aku diamkan diri..

Hari ni entah dari mana kesedaran tu mula timbul..

Blog kau ni famous ke sampai nak demand2 terlebih ni..

*Bunyi cengkerik*

Aah ye..Aku ni bukan otai2 blogger yang income riban2..Follower pun tak ramai apatah lagi pembaca..Nak demand2 plak..Terus reply email kata ok..

Mungkin permulaan sikit mana tahu lepas ni rezeki mencurah2 plak..Ye dak??

^_^

Monday, February 11, 2013

Egg Mask Facial - Murah & Senang


Assalamualaikum semua..

Hari ni aku nak share egg facial yang korang boleh buat kat rumah..Jimat lagi menyenangkan..Orang malas macam aku memang boleh buatlah apatah lagi korang yang rajinkan..

Kat sini aku share video macam mana nak buat..Aku nak buat video sendiri kirim salamlah..Tak reti sebenonya..hehe~

Facial telur ni sesuai untuk control kulit berminyak macam aku..Cara2 silalah tengok video bawah ni ye..Sama je cara macam aku buat..;p


Aku memang amalkan seminggu sekali..Kulit aku banyak jerawat sekarang ni so sejak2 aku amalkan facial telur ni kuranglah jerawat aku..

Lagi satu kulit pun rasa macam glowing je..Tak caya tengoklah gambar kat atas ni..Sebenarnya aku tak nak letak gambar aku yang berjerawat tapi sebab nak tunjukkan kat korang keberkesanannya maka aku tontonkan wajah aku yang banyak jerawat nih..

Lepas ni kita tengok kesan selepas sebulan plak ye..Selamat mencuba..^_^

Cara Untuk Rogol

Assalamualaikum semua..


Pagi tadi check kat nuffnang..Saja tengok keywords yang orang cari kat blog aku..Paling mengarut pernah aku jumpa..Ko gila yek??

Dah sangap sangat ker samapai nak cari cara untuk rogol..Bodoh, bangang punya orang..

!@#$%^%^^*(!@##

Sunday, February 10, 2013

Mengidam Satay


Assalamualaikum semua..

Aku rasa blog aku ni dah macam blog makanan plak..Asyik cerita pasal makanan je yek..Korang lupa ke??

Makanan dengan aku memang tak dapat dipisahkan..haha~

Ada hari tu teringin sangat nak makan satay..Sejak raya hari tu aku rasa aku last makan..Sebenarnya teringin nak makan yang dekat PJ tu..Memang sedap..Tak payah makan dengan kuah kacang..Gerenti sedap..

Tapi jauh pulak..Zamri ajak makan kat Awan Besar..Makan satay kajang..Aku tak naklah..Tekak aku tak boleh telan satay kajang sejak aku pergi restoran diorang kat sana..

Last2 makan kat Puchong Prima je..Ada satu kedai mamak ni macam2 gerai ada termasuklah satay..Dekat pun dekat..

 
Nasib baik sedap..Kalau tak nyesal gak..

 
Adik makan kepak ayam yang diimport dari pasar malam depan kedai ni..

Kakak memang suka makan roti canai..Asal pergi mamak mesti order roti canai..

Itu namanya anak Malaysia..Kalau tak makan roti canai bukan anak Malaysia..Betul tak??

Sebenarnya aku bukan mengidam sebab mengandung..Aku mengandung lemak je..Tekak ni mengada2 nak makan itulah inilah..Nasib baik Zamri layan..;p

Menternak Lemak Di Sushi King Lagik..^_^


Assalamualaikum semua..

Kami pergi makan Sabtu sebab Zamri kerja waktu ni..Dapat makan sushi jika Zamri tak ada atau makan dengan kawan..;p

Kebetulan adik aku yang belajar kat Sarawak tu ada kat rumah so ajak dia sekali..Dia ok jer makan sushi ni..Tekak sama macam aku..Walaupun tekak jawa tapi boleh telan apa2 je..

Baru suku..Itupun ada dah telan masuk tekak baru ingat nak snap gambar..

Setengah dari menu kami..Memang kenyang giler..Tak larat nak menghabiskan..

Sesi ambil gambar plak..Tak suka ambil gambar ngan kakak..Dia tak pernah serius..

Lagi sekali dia buat muka macam tu..Muka nak mintak lempang..

Itulah adik aku..Kami panggil Yun..Sekarang dia ngah cuti sem..

Ada orang tanya aku tak muak ker asyik makan sushi??

Jawapan aku plak:

Sushi ni muak bila kenyang..Bila tak makan tercari2 plak..Asyik teringin je..Tengah menaip ni pun aku telan air liur tau..Lagipun yang tanya tu tak pernah try makan..Cer try makan..Mesti jadi macam haku..^_^

Thursday, February 7, 2013

Sakit


Assalamualaikum semua..

Hari ni aku jadi nurse untuk En Zamri..Dalam pukul 2.00pagi aku tersedar sebab bunyi bising sangat..Rupanya Zamri ngah muntah2 plus cirit birit..

Lepas tu tak sedar bila masa kami terlena..Pagi bangun kononnya nak pergi kerja..Sekali Zamri demam plak..Tak larat nak bangun..Kakak tetap kena sekolah..Akulah yang kena hantar kakak dengan adik sebab Zamri memang tak larat sangat nak bangun..Bini dia yang mithali lagi solehah ini mengambil keputusan ambil emergency leave sahaja..

Selalunya memang tugas Zamri hantar kakak dan adik..Sebab ofis aku jauh berbanding ngan Zamri..lagipun ofis aku dah macam sekolah..Kalau lambat gerenti kena ambil nama..

Zamri jarang sangat sakit..Bila sakit aku plak yang over risaunya..Macam2 fikir..

Dalam pukul 10.00pagi aku bawak pergi jumpa doktor..Macam2 ubat dia dapat..Makan ubat lepas tu oklah sikit..Sempat lagi panggil mekanik repair kereta kitorang kat rumah..Lepas kereta siap Zamri ajak keluar nak pergi bank..Ada urusan penting..


Lepas jer urusan bank selesai aku ajak shopping barang dapur kat Giant..Sekali demam dia datang balik..Sementara aku beli barang dia melepak kat kerusi urut ni..Boleh plak dia tidur..Nasib baik orang tak ramai sangat..

Balik dari Giant terus ambil adik dan kakak..Sampai sekarang dia masih tidur..Tu yang aku boleh update ni..Kalau dia terjaga memang kena mengadap..Orang lelaki ni kalau sakit mengada lebih ye..Nasib baik dapat bini baik hati lagi cantik deboom ni..haha~

Oklah korang..Bantal dah panggil2 suruh tidur ni..Dari pagi tak rehat2..

Wednesday, February 6, 2013

Letih & Cuti

 
Assalamualaikum semua..
 
Sejak akhir2 ni asyik letih jer..Macam tak rehat langsung..Weekend pun jangan cakaplah..Ada jer aktivitinya..
 
Bila badan letih ni prestasi pun kuranglah..Mula rasa tak bersemangat nak kerja..Rasa macam weekend ni nak pergi tempat yang merelakskan minda dan badan..Kalau ambil cuti anak aku mana boleh cutikan..
 
Rasa macam nak pergi tempat kat bawah ni..
 
 
Aku kalau boleh nak bercuti tempat yang relaks jer..Tak nak berjalan2..Itu tambah penat jer..
 


Kalau boleh tidur bangun tidur bangun..haha~
 
Jawapannya relaks rumah mak aku jelah..Rumah mak aku tepi pantai gak..Tapi idoklah secantik macam kat atas ni..^_^

Friday, February 1, 2013

Berdiam Diri Lebih Baik

 
Assalamualaikum semua..
 
 
Berdiam diri lebih baik dari kita bercakap tak baik..
 
Berdiam diri juga baik dari kita asyik bercakap menyakitkan hati orang lain..
 
Kadang2 kita rasa sakit hati bila orang bercakap macam2 pasal kita tapi kita ambil sikap berdiam diri kerana ada bermacam hikmah jika kita berdiam diri..Orang yang suka bercakap macam2 pasal kita satu hari nanti akan diam..Sebab lama-lama akan makan diri juga..
 
Banyak Diam Tidak Semestinya Bodoh,
Banyak Cakap Tidak Semestinya Cerdik,
Kerana Kecerdikkan Itu Buah Fikiran,
Orang Cerdik Yang Pendiam Lebih Baik
Dari Orang Bodoh Yang Banyak Cakap.
 
Hadis Rasulullah: " Barangsiapa yang banyak perkataannya, maka banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, maka banyaklah dosanya, dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka adalah utama baginya"
 
Muhasabah untuk hari ni..^_^
 
Peringatan kepada orang yang suka bercakap pasal family kami..Buat cerita, buat fitnah & macam2 lagilah..Jangan ingat kami berdiam diri kami ni bodoh ye..Bacalah kat atas tu ye..
 
Aku rasa korang dah rasa akibatnya kot..Dulu suka mengata mak aku beranak ramai menyusahkan orang..Sekarang, aku dengar anak korang beranak tak berhenti2..Apa kes??Cukup 9 berhentilah tu..Peganglah kata2 aku ni..Dulu sedap mulut mengata mak akukan..Nah, rasakan..
 
Kitorang tak pernah nak balas apa yang korang kata tu..Kami berdiam diri sehinggalah sekarang..Kami cuma berdoa korang berubah jer..Tak terlambat lagi nak berubah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...