Friday, March 29, 2013

Orang Berkeek Kau Pun Nak..

 
Assalamualaikum semua..
 
Teknologi sekarang makin lama makin berkembang dan makin canggihlah..Dari friendster, myspace, facebook, twitter, instagram dan sekarang paling hangat keek pulak..
 
Keek tu lebih kurang macam instagram..Tapi instagram kau post gambar kat keek ni pulak ko post video..Duration yang diberi lebih kurang 36 saat..Mencecehlah ikut suka korang heh..
 
Aku pun tak terkecuali untuk ada acc keek..hehe~
 
Niat utama untuk follow artis2 yang aku suka..Dari tengok gambar sekarang boleh tengok pergerakan diorang..Suka sangat..Lagi2 tengok Nora Danish..Comel jer..
 
 
Siapa nak follow silakanlah..Dialu-alukan..Tapi aku ni seorang yang pemalu nak amik video sendiri..Itu sebab ada satu je video..
 
Kakak demam malam tadi..Panas sangat..Takut aku..Bagi ubat lepas tu pakaikan cool fever..Itupun tukar 2 kali..Nasib baik pagi tadi ok dah..Boleh mama pergi kerja..;p
 
Cuti sekolah ni kami tak pergi mana-mana pun..Sebab En Zamri busy nak siapkan projek2 dia..Kesian kat anak dara aku..Tak pe pagi2 Sabtu mama dia akan bawak naik hot air balloon kat Putrajaya..Mamanya yang terlebih excited..;p

Thursday, March 28, 2013

Boikot Memboikot


Assalamualaikum semua..

Isu boikot memboikot ni dah lama berlanjutan..Aku rasa bukan di Malaysia sahaja tapi merata dunia malahan sampai sekarang masih lagi meneruskan usaha boikot memboikot ni..

Aku terpanggil untuk bercerita pasal isu ni dah lama tapi masih tidak berkesempatan untuk mengarang je..

Waktu mula2 isu boikot memboikot ni aku tak peduli pun..Sampailah aku terbaca satu cerita kat blog kawan aku..Aku kenal dia di blog juga..Ini blog dia..

Cerita ni yang buat aku sedar..

"Mantop" satu ketika dahulu. Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu. Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.

"Apa gunanya air yang setitis itu?" Burung besar menyindir.

"Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim," jawab burung kecil.

"Ha..ha..ha usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi.

Anda tahu apa jawapan burung kecil?

Jawapannya begini:

"Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu...

"Mendengar jawapan burung kecil itu, sekalian burung yang besar terdiam.

Ya, kalau kita umpama "si burung kecil" dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi... siramlah walau "setitis air" untuk memadamkan keganasan.

Cerita ni memang buat aku terfikir dan berfikir apa yang aku buat untuk memerangi kekejaman Israel..Aku tak mampu untuk berperang melawan Israel tapi cukuplah sekadar usaha aku yang kecil ini dapat memerangi kekejaman Israel..Aku boikot barangan Israel..Terutama MCD kerana terbukti mereka menyalurkan segala keuntungan mereka kepada Israel..

Aku pernah terbaca kata-kata ulama yang menyokong usaha boikot memboikot lagi membuatkan aku sedar..
"Setiap riyal, dirham... yang digunakan untuk membeli produk mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru yang digunakan untuk menembak saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban untuk tidak sekali-kali membantu (musuh Islam) dengan membeli produk mereka. Membeli produk mereka adalah menyokong tirani, penjajahan dan kekejaman."

Dan baru-baru ni aku dapat berita yang usaha boikot memboikot ni berjaya kerana sale MCD jatuh menjunam di Malaysia..Sampaikan pihak MCD telah membuat satu perjumpaan dengan persatuan #save gaza supaya menghentikan usaha boikot memboikot ni..Nampak tak usaha kita yang sekecil ini tapi memberi impak yang sangat besar..

Tanyalah pada diri kita apa yang kita buat untuk memerangi kekejaman Israel sebelum Allah s.w.t tanya apa yang kita buat..

Pada yang tak menyokong usaha boikot memboikot ni bagi aku jangan memperlekehkan usaha orang lain untuk memboikot dan janganlah merasa bangga tayang di fb, instagram, twitter & sebagainya kerana usaha anda menayang gambar begitu menghiris perasaan orang yang selama ini menyokong usaha boikot memboikot ni..

Wednesday, March 27, 2013

Cubaan Minum Air Yang Banyak

 
Assalamualaikum semua..
 
Lamanya tak updatekan..Tak tahulah setan mana melekat kat badan ni haa..Setan malas kot..
 
Hari ni nak share dengan korang kebaikan minum air di waktu pagi..Bukan air teh tarik tapi air kosong..Air teh tarik tu aku rasa keburukan banyak dari kebaikan ye..
 
 
Sebenarnya aku sekarang sedang cuba untuk minum air 2-3 liter satu hari..Sepatutnya terbaik 3-4 liter..Kira oklah tu aku dapat minum 2 liter..
 
Namanya pun tengah mencuba kan..Aku ada baca juga tips untuk kurus paling senang dan jimat ialah minumlah air 3-4 liter sehari..
 
Tak percaya marilah kita cuba..Tak rugi pun..Lagi banyak benefit adalah..Apapun selamat mencuba..;p

Monday, March 18, 2013

PETUA-PETUA ANAK PINTAR

 
Assalamualaikum semua..

 1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2....
membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Insyaallah selamat mencuba!

Wednesday, March 13, 2013

Wordless Wednesday : Tips Mengecilkan Perut

 
Assalamualaikum semua..
 
 
Kawan aku email kat aku..Gelak sakan aku..Sengal betul..

Monday, March 11, 2013

Penyakit Hati Paling Sukar Diubati

 
Assalamualaikum semua..
 
 
Setuju..Marilah kita muhasabah diri supaya kita tak tergolong dalam penyakit hati..;p

Wednesday, March 6, 2013

Fight & Pray For Lahad Datu

 
Assalamualaikum semua..
 
Hari ni baca update dimana-mana keadaan terkawal..Sebenarnya berdebar juga nak tahu update..Takut ada yang kehilangan nyawa lagi..
 
Semoga anggota keselamatan kita dilindungi..Kita tak mampu untuk fight tapi kita boleh berdoa..Doa untuk keselamatan mereka..
 
Pada yang suka sangat politikkan benda-benda macam ni tolonglah hentikan ye..Ni berkaitan nyawa manusia..Bayangkan kalau family korang yang terlibat..Apa perasaan korang??
 
Al-fatihah pada arwah wira-wira lahad datu..
 
Pada yang ingin menderma silalah..;p
 
"Tabung Wira Lahad Datu"
 
Maybank - 514271339000
 
(Media Prima)

Tuesday, March 5, 2013

Padini Sales @ IOI Mall, Puchong

 
Assalamualaikum semua..
 
 
 
Bukak fb terus nampak ni..Terus rasa nak pitam..Apalagi korang jom serbu..;p

Sunday, March 3, 2013

Sehangat Asmara


Assalamualaikum semua..

Selepas habis demam Adam & Hawa sekarang demam sehangat asmara pulak..Cerita ni memang best sebab aku pernah baca novelnya..Ingat2 lupa jugak jalan ceritanya..

Tanya member ada pulak novel ni..Terus pinjam..Novel dia memang dah lama..Cover pun yang lama..Sekarang ni dah up to date sikit covernya..


2 kali aku baca..Memang best novelnya..Bestnya kali ni aku baca terbayang hero malaya yang jadi pujaan ramai termasuk aku..Adi Putra..

Terus jatuh cinta..Maaf abang Aaron Aziz..I terpaksa menduakan you..haha~

Aku memang suka perwatakan dia dalam cerita ni..Caring giler..Memenuhi ciri2 seorang suami yang diidamkan..


Berganding pulak dengan Rita Rudaini..Memang bestlah..Sama cantik sama padan..Aku siap download dalam tab lagi cerita ni..Mula-mula tak nak download tapi sebab cerita ni best dan hero best of coz lah download..;p

Kalau yang tak tahu tu cerita ni hanya ada di astro mustika..Channel 134..Pada yang tak ada tu tak pe korang jangan kecewa lepas ni confirm ada kat astro ria..Tak pun boleh jer tengok online..Aku selalu tengok kat dailymotion.com..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...