Tuesday, April 30, 2013

Demam Pasang Surut


Assalamualaikum semua..

Lama tak update..Malas sebenarnya nak update pun..

Banyak cerita terbengkalai..Walaupun dah ada instagram @ keek masih juga nak update disini..Kepuasan menulis ni lain macam sikit..;p 

2 minggu lepas kakak demam..Demam panas..Kebetulan aku pun sakit kepala..Maka, aku dengan kakak dapat MC..Tapi kakak dapat 2 hari..Petang tu nampak dia macam dah ok..

Sekali pukul 2 pagi badan dia start panas balik..Siap muntah2 lagi..Sampailah pukul 6 pagi..Macam-macam kami buat..Aku dengan Zamri memang tak tidur risaukan kakak pun iya jugak..Tak pernah dia demam macam ni..

Terus mesej my boss kata tak dapat datang kerja..Lantaklah diorang nak fikir apa..Aku tak kisah kena buang janji anak aku sihat..Kerja boleh dicari anak??

Waktu ni dia dah ok sikit..Bagi tab ok plak..

Kakak langsung tak selera makan..Nak makan pun dia takut sebab nanti muntah..Tapi sebagai mak mana boleh tengok anak tak makan kan..

Tengahari hantar adik ke Genius Aulad bawak kakak sekali..Lepas tu dia nampak KFC..Nak makan ayam KFC..Aku ok je janji dia makan..
 
  
Kakak request nasi dengan ayam..Dia makan sangat berselera..
 
Orang belakang pun tumpang gembira..Kakak happy mama pun happy..
 
   
Perkenalkan ayam baru..Kpop lagi..Sedaplah jugak..Rasanya 2 minggu berturut2 makan KFC..Layankan orang demam..

Sabtu ahad tu aku kerja..Tinggalkan kakak dengan adik dengan papanya..Kakak dah ok waktu ni..

Hari Isnin kakak demam balik..Balik kerja terus bawak pergi klinik sebab on off demam..Doktor pun termenung dengar kakak demam on off..

Doktor bagi kakak MC satu hari lagi dan ubat yang kuat sikit..Doktor kata kalau tak ok lagi datang balik doktor suruh refer hospital..Aku dah cuak waktu ni dan Alhamdulillah kakak ok esoknya..Tak perlu pergi hospital..Aku ingat aku dah kena bermalam kat hospital..;p


Wednesday, April 24, 2013

Review - Crystal Crown Hotel Kuala Lumpur

 
Assalamualaikum semua..
 
Hari tu ada event kat area Batu Muda, KL..Disebabkan kerja sampai malam dan kena bangun awal pagi makanya kami buat keputusan untuk tidur di hotel sahaja..
 
Nak balik rasanya takut tak sempat..Bila dah tido confirm susah nak bangun..Kami pilih tidur kat crystal crown hotel sebab dekat jugak dengan event..Kami walk in je..
 
Nasib baik ada bilik..
 
 
Gambar aku amik dari google..Tak sempat nak amik gambar..Sampai hotel pun dalam pukul 12.00 malam lebih..

 
Bilik yang kami dapat..Bagi aku hotel ni oklah..Cuma aku tak berkenan toilet tak ada paip..Ada cuma kat sinki je..Pengusaha hotel macam ni bagi aku tak alert..Aku rasa bukan pelancong je akan menginap kat sini..Orang Malaysia pun ramai especially orang melayu macam kitorang ni..At least, tak ada paip pun sediakanlah gayung..
 
Lupa plak nak beritahu reception diorang pun tak berapa nak peramah..Senyum pun idak..Kalau kena bagi rate dari 5 bintang aku bagi 3 bintang je hotel ni..;p

Wordless Wednesday - Mohabbatein

 
Assalamualaikum semua..
 
 
kahkahkah..bongok betul siapa yang buat nih..

Tuesday, April 23, 2013

Khasiat Pisang

 
Assalamualaikum semua..
 

Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
...
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Wednesday, April 17, 2013

Wordless Wednesday - PAHA & DADA

 
Assalamualaikum semua..
 
 
100% setuju..;p

Tuesday, April 16, 2013

Pendiam


Assalamualaikum semua..


Setuju tak? Aku setuju..Sebab selama ni ada orang ingat aku diam sahaja..Bila kita diam makin dipijak-pijak pulak..Setakat ni aku sabar lagi..Bila aku hilang kesabaran jangan terkejut pulak..

Monday, April 15, 2013

Classic Manicure & Pedicure @ Fingernail Experts, Puchong


Assalamualaikum semua..

Hari Sabtu lepas aku pergi manjakan diri..Selain dari facial tiap-tiap bulan manicure & pedicure ni juga jadi rutin tapi tidaklah tiap-tiap bulan..

Itupun kalau ada promotion dari Groupon..Aku beli pakej ni murah je..RM38.00 sahaja untuk mani + pedi..Murahkan..Siap scrub bagai lagik..Suka..

Aku pilih Sabtu tadi sebab Zamri ada kerja so bininya bolehlah buat sesuka hati..Tapi harus bawa anak dara akulah..Appointment aku dalam pukul 11.30pagi..Sesat bagai terlambat sikit..


Yang bestnya aku seorang sahaja customer time tu..Anak dara aku buat macam kedai sendirilah pulak..


Adik memang over..Tengok dari jarak yang sangat dekat..Nasib baik diorang tak kisah..


Kakak yang bosan menunggu..Gambar waktu buat tangan tak ada siapa plak nak ambil gambar..Jadinya gambar kaki jelah ye..

Bagi aku service kat sini best..Aku rekomen sangat..Pekerja pun ramah..Nanti nak raya aku datang lagik..Sementara tu aku nak beli barang2 manicure & pedicure..Nak buat sendiri kat rumah lepas baca blog wani..;p

Saturday, April 6, 2013

Lepaking @ Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam


Assalamualaikum semua..

Minggu ni minggu final exam untuk aku..Sem ni memang aku amik 2 subjek je..Tak larat nak amik banyak-banyak..Lantaklah orang nak cakap aku belajar lama sangat ke hapa..Pedulikan..Janji aku tak mintak duit korang nak bayar yuran..;p

Pagi-pagi lagi kami dah ada kat sini..Perpustakaan ni buka pukul 10.00 pagi..Aku pilih perpustakaan ni sebab tempat dia selesa & best..Kau nak discuss ada bilik discussion..Tak ganggu orang pun..

Kitorang amik tingkat untuk dewasa..Niat di hati nak amik tingkat remaja..Remaja ker???

*cough*

Nasib baik sedar diri..;p

Kat sini satu hari nak lepak memang selesa..Nak baca buku sambil baring pun boleh..Agak2 boring boleh tengok tv..Macam kat rumah..Lagipun kat sini ada cafe, ada surau, toilet pun selesa..Puas hati..Banyak2 library aku jumpa disini paling best..

Aku share gambar..Gambar ini diambil oleh kawan aku rupanya ada udang disebalik batu..Konon ambil gambar aku tapi...

Beria aku posing..Rupanya motif & fokus ditempat lain..Hampeh.com betul..

Sekali lagi..

Dan sekali lagi..Korang dapat tangkapkan motif kawan aku ni..Sengal tul..

Part paling best kami lunch kat cafe..Ambil macam-macam lauk tapi harga sangat berbaloi..

Kitorang punya nasi hanya RM4.50 sahaja..Murahkan..

Dan yang menarik perhatian kat cafe ada tutti frutti juga..Beli tutti frutti lagi mahal dari nasi..Sorry gambar x de ye..

Lupa nak beritahu exam aku dah abis..Malam ni nak jalan-jalan pergi uptown..Dah lama kau aku tak keluar malam minggu..Malam ni rasa excited terlebih sikit..

Oklah korang nak siap..Karang pakcik tu balik tengok aku tak siap lagi mahu kena bebel..;p

Friday, April 5, 2013

Cara Mudah Pakai Eye Liner


Assalamualaikum semua..


Kat sini aku share gambar cara mudah pakai eye liner..Senang sangat..Kat ofis ramai kagum tengok aku pakai eye liner mudah & cepat..Tak susah pun nak pakai..Rajin practice jer..Lagi satu aku rajin tengok youtube cara2 make up..

Dari situlah aku belajar..Ok kat sini aku share link video ajar pakai eye liner yang sangat mudah..Untuk beginner sangat sesuai..Tengok kat sini ye..Selamat mencuba..;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...