Wednesday, May 29, 2013

Teduhan Kasih - Aktiviti Petang Yang Boleh Tersenyum2 Depan TV


Assalamualaikum semua..

Aku jarang nak tengok tv sejak akhir-akhir ni..Maksudnya tak tengok cerita yang bersiri bagai..Aku suka tengok chanel diva universal..Cerita Law & Order, Smash, Guys With Kids, Suit & macam-macam lagilah..

Bukan tak layan cerita melayu tapi malas nk tengok bersiri..Tapi lately ni pukul 7.00pm - 8.00pm janganlah kacau aku..Nak ajak makan sushi pun aku tak layan..Nak balik awal sokmo..Buat kerja pun seboleh2nya siapkan sebelum balik..

Gara-gara nak tengok drama teduhan kasih kat tv3..;p


Cerita ni best..Sebenarnya tambah lagi best sebab ada Adi Putra..Actually memang cerita ni best pun..Macam2 dugaan Iffah ni hadapi..Mula2 dengan laki dia..Kawan baik lepas tu mak dengan kak long dia yang layan dia macam hamba..


Paling best tengah sakit2 nak bersalin ada pulak mamat hensem tolong..Bukan setakat tolong hantar kat hospital..Temankan masa bersalin pulak tu siap azankan anak kau lagi..Gila tak best..

Pulak tu mamat hensem tu adalah Adi Putra..Kalau aku confirm nak cepat baik dalam pantang..Kau suruh telan jamu berbotol2 pun sanggup..Suruh telan air herba laju je minum sebab nak nampak hot depan Adi Putra..Haha..

Kalau bukan AP aku rasa orang akan tengok jugak kot..Sebab jalan cerita dia memang best..Cerita ni pun adaptasi dari novel..


Aku nak cari novel nilah..Nak tahu ending dia macam mana..hehe~

Monday, May 27, 2013

Perkembangan Adik & Kakak


Assalamualaikum semua..

Dah lama tak cerita pasal kakak dengan adikkan..Alhamdulillah diorang sihat2 belaka..Pelajaran diorang semua ok..

Adik makin pandai membaca..Bukan setakat buku bahasa melayu tapi makin pandai membaca dalam bahasa english..Sejak2 adik pandai baca buku english maka aku jadikan membaca buku english wajib sebelum tidur..

Tak percaya ker??

Aku share keek adik baca english book..



Kadang-kadang adik yang ajar kakak..Seronok dengar diorang baca..Tak macam aku kecil2 dulu mana reti baca english ni semua..Dah besar panjang baru pandai baca..

Wednesday, May 22, 2013

Jom Undi Anugerah Blokbuster ke-2


Assalamualaikum semua.. 

Jom kita undi artis-artis kegemaran kita..Kita semua diberi kuasa untuk memilih pemenang..Apa lagi jom undi..;p
 

Nak undi senang je..Silalah klik link ni ye..#anugerahblokbuster2

Lepas tu korang daftar masuk guna facebook login kat website berkenaan..Undi aku adalah rahsia..Poyo betul..Ingat pilihanraya apa..

Untuk heroin terhebat dah tentulah aku pilih lisa surihani istanbul aku datang..Dalam filem tu dia sangat comel hokey..Siapa tak pernah tengok pergilah tengok..Untuk hero plak tak tahulah nak pilih siapa..

Korang plak pilih siapa??

Wordless Wednesday : Bukit Tinggi, Pahang


Assalamualaikum semua.. 


Sebenarnya baru aku perasan aku tak update pun pasal trip kami ke Bukit Tinggi, Pahang..Tunggu aku rajin sikit ye..;p

Tuesday, May 21, 2013

Ragam Penjual


Assalamualaikum semua..

Rasa terpanggil pulak nak share dekat blog..Nak cerita kat orang pun malas sebab tengah sakit tekak..Cakap pun orang tak berapa nak dengar..

Baru-baru ni balik Melaka..Mak mertua aku sakit so dia teringin nak makan buah..Esoknya kami pergi cari di pasar pagi kat Alor Gajah..Zamri order burger..Sementara tunggu burger nak siap aku pun jenguk gerai sebelah ada jual produk kecantikan..Makcik tu kempenlah suruh aku beli produk kecantikan tuh..

Katanya nanti kulit yang berjerawat & berjeragat akan hilang..Muka jadi lembap je..Automatik aku terus tengok muka makcik tuh..Muka dia penuh berjeragat..Kulit berminyak, tak lembap langsung kulit dia..Aku diam jelah..Tapi dalam kepala hotak aku macam2 aku fikir..

Kalau nak jual produk kecantikan bagilah contoh..Kau pakai dulu barulah kempen kat orang..



Muka macam ni jual produk kecantikan confirmlah orang percaya..

Ni tak jual produk mencerahkan kulit tapi yang jual kulit tak berapa nak cerah..Jual produk kurus tapi yang jual gemuk..Acaner tu??

Monday, May 20, 2013

Mengidam Laksa


Assalamualaikum semua.. 


Hari ni puasa..Mengidam nak makan laksa..Ni semua gara-gara tengok master chef selebriti hari Sabtu lepas..

Bila puasa tekak ni mengadakan..;p

Dinner @ Mr Steak House


Assalamualaikum semua.. 

Dah basi cerita nih..Berperap lama kat draft..Baru perasan..haha~

Dinner ni untuk committe event..Kira penghargaan jugaklah..Dinner dengan kami punya CEO..Diorang buat dekat Mr Steak House, Seksyen 13..

Otw nak kesini memang hujan lebat sangat..Tak tahu nak cakap macam mana..Jalan jangan cakaplah memang confirm jem..

 
Mula-mula kitorang dihidangkan roti dengan mushroom soup..Bolehlah tahan rasanya..
 
Lepas tu kami dihidangkan dengan chicken, lamb dengan daging..Kuah diorang letak asing..Aku makan daging dengan lamb jer..

Tak berapa selera sangat..Tak tahu kenapa..
 
kemho wajiblah..;p
 
Lamb steu..Aku rasa sikit je..Tak kena dengan tekak aku..
 
Itu jelah yang aku makan dengan roti..Lain tak kena dengan tekak aku..Tekak jawa katanya..

Tak banyak gambar aku letak..Malas sebenarnya..Janji ada gambar aku cukuplah..Restoran ni aku bagi 3/5 markah..Mungkin sebab aku tak makan western sangat..

Siapa suka makan western bolehlah try harga dia pun berpatutan jugak..;p

Invitation From Nuffnang..^_^


Assalamualaikum semua..


First time dapat invitation macam ni..Itupun aku buat entry pasal acer nih..Alhamdulillah..

Sebenarnya memang teringin nak pergi event nuffnang ni..Macam seronok je tengok blogger lain dapat pergi event-event macam ni..Mungkin kali ni aku tak akan persia-siakan peluang yang diberi..

Thank you nuffnang beri peluang pada aku..;p

Friday, May 17, 2013

Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook™


 Assalamualaikum semua..

Aku jarang guna laptop sekarang nih..Boleh sangat kira dengan jari berapa kali aku buka..Lagi2 sekarang ni aku dah ada tab dengan smartphone..Memang kirim salamlah..Tapi ada sesetengah kerja terutama blogging punya kerja aku tak suka guna tab lagi suka guna laptop atau komputer..Bukan tak nak guna laptop tapi leceh nak bawa sebab berat..;p

Baru-baru ni google punya google rupanya acer ada keluarkan produk baru iaitu
Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook™..The worlds first Acer convertible Ultrabook™. Inspired by Intel'. Serius memang kagum tengok..Tengok pun dah kagum apatah lagi kalau dapat memilikinya..


Tablet ni mempunyai 11.6 inch touch centric..Sangat canggih..Boleh touch screen saja..Tak perlulah susah-susah nak pakai mouse bagaikan..


 Tablet ni juga ada detachable key dock tau..Memang sangat sesuai untuk buat kerja blogging dengan assignment..Awesome sangat..Lagipun ultraportable sangat..Boleh diubah mengikut keadaan dengan bergaya sangat..Beratnya hanya 3.06 pounds..Bolehlah bawa kemana-mana sahaja tanpa risau..

 Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook™ akan berada dipasaran pada 22 May 2013..Cakap banyak tak guna..Tak percaya dengan kebolehan tablet ni..Boleh tengok video kat bawah ni..

 Aku tak boleh nak share video tu kat sini..Tak tahulah kenapa..Korang klik link kat atas tu ye..Mungkin kalau dapat tablet ni baru boleh..hehe~

Kagumkan..Mesti korang pun nak kan..Aku pun nak juga..Lagi best kalau dapat free..Siapa yang nak bagi aku ye..;p

Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Ibu..;p


Assalamualaikum semua.. 


Aku dapat ni semua dari anak dara akulah..Mula2 diorang sorokkan tapi asyik bercerita je pasal ni..Baik tak payah sorok2..

Last2 diorang bagi juga sebelum hari ibu..Terlalu excited agaknya..Bunga kakak beli kat sekolah..Dia beli guna duit belanja..Lagi mamanya terharu..

Rasanya tak terlambat nak ucap selamat hari ibu pada semua ibu2..Pada mak ct doakan mak panjang umur, dimurahkan rezeki selalu, diberikan kesihatan yang baik..

Pada mak mertua aku doakan dia sihat selalu sebab sekarang dia ada kat hospital melaka..Dah 3 minggu di hospital..Tabahkan hati dan sabarlah hadapi dugaan yang Allah turunkan..;p

Friday, May 10, 2013

Sentap..


Assalamualaikum semua..

Siang tadi ada orang komen pasal blog aku..Dia kata blog aku tak menarik untuk di baca..Dia kata bukan sebab content tapi blog aku tak menarik untuk pandangan mata..

Sentap mak nokkss..

Tapi apa yang orang tuh cakap memang betul pun..Blog aku ni tak menarik betul..Tak sedap mata memandang..Nak buat macam mana..Aku ni tak ada masa nak belek2 blog..

Mungkin aku nak upah je orang design blog aku ni ha..Siapa sudi nak design blog aku ni email kat aku ye..Dah tentulah aku bayar..Bukan cakap kosong punyalah..Silalah email..;p

Siapa nak kutuk atau nak beri cadangan lagilah dipersilakan..Jangan risau aku ni sporting..Terima kutukan dan cadangan..

Imej Baru..;p


Assalamualaikum semua.. 

Imej barulah sangat..Pakai spec je pun sekarang nih..;p

Sebelum ni memang pakai contact lens tapi macam dah serik kot..Tak delah serik sangat pun tapi leceh sikit..Solution kena sentiasa ada..

Time drivelah rasa susah sikit..Selalu balik malam jadi mata ni tak berapa jelas..Last2 buat keputusan nak beli spec..Tetiba ada pulak orang nak sponsor..Siapa lagi kalau bukan Zamri aka sugar daddy aku tuh..;p


Lama juga aku nak pilih spec nih sampai cina tu pun bosan nak layan aku..Semua yang ada kat kedai tuh aku try..Mula2 nak ambil rayban punya spec tapi design macam hatiku tak berkenanlah pulak..

Orang lain tergila2 kan spec rayban termasuk laki aku tapi aku tak pulak..Kalau tak berkenan tuh nak buat macam manakan..Last2 spec diatas menjadi pilihan aku..

Kalau bagi korang tak cantik ada aku kisah janji aku rasa selesa dan cantik..haha~

Tapikan untuk pengetahuan korang 5% je kata tak cantik yang lain semua kata cantik termasuklah ceo aku cakap cantik..ko hado?? 

  

 Saja nak share gambar kami berdua..Buat tatapan korang..Macam korang nak tengok sangatkan..haha~

Thursday, May 9, 2013

Boycott Loreal Now..!!!


Assalamualaikum semua..

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh ke fb aqsa syarif..Aku masih istiqamah dalam boikot2 nih..Alhamdulillah..

Selepas MCD aku dah mula boikot nestle..Mula2 memang susah sebab banyak barang nestle yang disukai ramai..Terutama sekali MILO..Semua orang suka kot..Tapi dalam pasaran Malaysia ni bermacam-macam jenis jenama yang kita boleh tukar selain nestle sahaja..Jangan jadikan itu sebagai alasan..;p

Dan terbaru aku baca di fb aqsa mengenai loreal pula..Dan kebetulan aku pun tak pakai barang loreal..Lega sikit..


 Baca punya baca sekali maybelline pun under loreal..Aku memang pakai barang maybelline..Especially eyeliner..

Bila tahu terus tak pakai dan kebetulan eyeliner tu terus kering..Macam tahu2 jer..Kebetulan hari tu shopping dekat ioi mall..Lalu depan elianto..Terus beli eyeliner..Aku tak boleh kalau tak pakai eyeliner..Diorang cakap kalau aku tak pakai muka jawa terserlah..Siot betul..


Macam nilah rupa eyeliner tuh..Aku suka eyeliner ni..Senang nak bersihkan..Senang pakai pun iye jugak..Lepas ni aku akan beli lagi lorr..;p

Saturday, May 4, 2013

Aktiviti Hari Buruh


Assalamualaikum semua.. 

Aktiviti hari buruh hari tuh..Niat di hati memang nak tengok wayang..Tengok apa lagikan..Dah tentulah iron man 3..Mula2 aku cuba beli tiket online kat gsc..Dah tentulah kami akan tengok kat ioi mall..

Tapi tak tahulah nak log in tak boleh..Nak register baru jangan haraplah..Kitorang pun tawakal je terjah..Otw ke ioi mall sangat jem..Ingatkan sampai situ jelah..Rupanya nak cari parking pun hazab juga..

Last2 kitorang terfikir nak balik je sekali ada pulak orang keluar..Lepas tu siap dia book untuk kami..Auntie cina tu sangat baik..Jalan laju2 nak pergi beli tiket..Dekat gsc diorang paparkan fast selling untuk iron man 3..

Sekali bila sampai diorang kata sold out..2D ke 3D ke sama sahaja..Malam je ada..Itupun baris depan je..Aku mulalah membebel janganlah tipu customer..kalau sold out paparkan sold out janganlah fast selling..Bila orang penat2 beratur sold out..

Kitorang tak jadilah tengok wayang..Nak tengok wayang lain macam tak berkenanlah pulak..Last2 kami pergi makanlah..Perut pun lapar..Kat ioi ni kami suka makan kat asam house..

Kat sini pun ramai..Nasib baik lepas kitorang order tu lagi ramai..


Adik ngan kakak share nasi goreng pattaya..Diorang suka sangat makan nasi ni..


Kakak sebenarnya menahan panas..Tapi mamanya snap juga gambar..;p


Ni Zamri punya..Apatah nama dia..Sam si mee..Tak surelah lupa pulak..Sedap sangat..


Yang ni aku punya..Tak berapa sedaplah..1st time try pun..

Lepas makan kami shopping & window shopping..Banyak shopping di Popular je..Beli stationary banyak buat bekalan..Tahu jelah budak2 kalau sekolah memang suka bersedekah..Tahu2 barang2 dia tak ada..Suka bagi kat kawan..

Balik dari ioi mall kami beli cd..Macam-macam cd kami beli..Salah satu 2 kalimah..Balik terus pasang..Aku ada videokan kat keek..Silalah tengok ye..;p

Thursday, May 2, 2013

Review : Pearl International Hotel



 Assalamualaikum semua..

Asyik review pasal hotel je aku nih..Nak buat macam mana asyik bertapa di hotel je weekend..Kali ni kami ada event di area Pantai Dalam,KL..Menteri akan turun..

Mulanya aku tak pergi since anak dara aku demam lepas tu aku pun sakit kaki..Tapi disebabkan ramai committe tarik diri aku datang jugalah..Tapi diorang tak letak aku jaga VIP..Diorang bagi aku jaga registration counter sahaja..Jadi OKU kejap..

Kali ni kami dah book awal2..Mula2 nak duduk dekat Cititel area Mid Valley tuh tapi fully booked..Kawan aku cakap ada hotel area jalan klang lama..Dia kata dekat je..Bila aku google map memang dekat..Alhamdulillah ada bilik kosong lagi..

Rupanya hotel ni sekali dengan mall..Kitorang tak sempat pun nak terjah mall sebab sampai pun dalam pukul 10.00 malam macam tuh..

First masuk bilik ni terus kagum..Cantiknya..Luas pun iya juga..

  
Terus amik gambarlah..Waktu ni phone saya kehabisan bateri maka kita gunalah tab gabak besar ye..

  
Toilet pun besar tapi terus fail sebab tak ada paip untuk cebok..

Kanak-kanak riang..Ni dalam lif hotel.. 

Aku suka hotel ni sebab reception sangat peramah..Senang nak berkomunikasi..Aku bagi 4 bintang dari 5 bintang..Lepas ni bolehlah masuk dalam list hotel yang aku nak book..;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...