Wednesday, July 31, 2013

Juadah Buka Puasa Yang Simple


Assalamualaikum semua..

Dah lama tak letak juadah buka puasakan..Malas sebenarnya..Asal lepas buka je bantal memanggil2..Nak update pun malas..

Hari Ahad lepas balik dari Melaka dah fikir nak masak spagethi..Teringin plak nak makan..Sampai terus pergi tesco beli barang2..

Jadilah spagethi nya..Aku panggil spagethi jawa..Aku ubah sendiri ikut tekak aku..Resepi akan menyusul kemudian..Ramai request nih..Subway pengganti roti john..haha~

Macaroni & karipap tu jiran aku yang bagi..Bagus betul jiran aku..Lepas tu aku balas bukan main banyak lagi..hehe~

Itu namanya kita berjiran ye dak..

Wednesday, July 24, 2013

Gaduh Balik Kampung Setiap Kali Raya?


Assalamualaikum semua.. 


Fikir baik-baik ye..haha~

Monday, July 22, 2013

Baju Raya 2013


Assalamualaikum semua.. 

Hari Sabtu laju-laju pergi first lady kat plaza alam sentral semata-mata nak tengok baju raya koleksi hatta dolmac..

Sampai sana cari baju merah tuh..Nasib baik pergi tengok dulu..Baju tu terlalu meriah kot..Nak pergi dinner oklah..Untuk raya Zamri tak bagi..Dia kata over sangat..Jangan kata dia tengok meriah aku yang tengok pun kata meriah..Kalau ada dinner baru aku beli kot baju tuh..

Cari punya cari berkenan plak satu baju tu..Cantik bagi akulah..Bagi korang tak tahulah..Simple tapi cantik..Sesuai dengan aku..Zamri pun setuju..Aku ingat nak amik merah tapi dia berkenan colour hijau..

Silalah menjamu mata..;p 

Last-last kami buat keputusan baju ni buat hari raya pertama..Maka tema kami tahun ni hijau..Baju anak dara tu hijau pucuk pisang..Aku dengan Zamri hijau lumut..

Tak abis shopping lagik ni..Banyak lagi tak beli..Terutama baju anak dara tu..Budaklah seronok time rayakan..Kita ni ak berapa sangat..Tapi jangan membazir pulak ye.. 

Sunday, July 21, 2013

Sales @Elianto


Assalamualaikum semua..

Semalam jalan-jalan kat berjaya times square..Lalu kat elianto..Memang nak pergi sebab lipstick dah habis..

Sekali ada sales sampai 80% ko..Apalagi keluar taring..Nak beli lipstick yang aku beli tuh..Habis colour yang aku nak..


Dah macam candy crush plak aku tengoknya..;p


Diorang offer aku lipstick lain..3 lipstick ni baru RM18..Selalunya RM60..Murahkan..Try nampak ok apalagi belilah..Tetiba terbeli barang lain juga..Lipgloss dengan eyeliner..Alang2 murah baik beli ye dak..

Apalagi korang serbulah..Sampai 25/7/13 je ye..Bolehlah nak cantik-cantik untuk raya ni..

Friday, July 19, 2013

Koleksi Baju Raya Rekaan Hatta Dolmat Yang Da Boom


Assalamualaikum semua.. 

Semua orang mesti tengah sibuk cari baju rayakan..Yang dah tempah tu tak apalah..Aku ni baju raya tak tempah..Baju pi kerja je tempah..haha~

Esok baru nak pergi cari baju raya..Tup2 member ada cakap hatta ada keluarkan rekaan da boom..Harga sangat berpatutan..Apalagi jari ni terus dok google..Kat zalora pun ada hokeh..Aku nak try kat first lady dulu baru beli kat zalora..

Bukan tak nak beli terus kat first lady sebab aku ada voucher 10% kat zalora..Lebih baik gunakan..;p
Aku berkenan sangat yang ni..Satu designnya..Lagi satu colour merah..Sangat menarik perhatian..

Zamri ok jer..Love u lah..

Rekaan dia macam-macam hokeh..Kalau nak tengok boleh tengok kat zalora ..Rambang mata..Semua cantik..

Apapun selamat shopping..Buat pilihan bijak ye..Macam nak mengundi plak..haha~

Lelaki Berhati Tisu


Assalamualaikum semua..

Topik hot fm pagi tadi..Tergelak-gelak dengar..Bila cakap pasal lelaki berhati tisu ni teringat zaman sekolah dulu..Aku pernah buli budak lelaki sorang ni..Suka buli sebab baru gertak sikit dah menangis..

Banyak kali jugak aku buli..Peliknya budak tu boleh jadi ketua pengawas tau..Lembik macam tu boleh jadi ketua pengawas..Aku pun pengawas jugak..Kiranya aku anak buah dialah..

Tapi anak buah buli ketua pengawas..Sekarang tak tahulah dia masih lembik lagi atau tidak..Kalau boleh teringin nak jumpa dia nak minta maaf selalu buli, selalu buat dia menangis..

Harap-harap satu hari dapat jumpa dia..;p

Wednesday, July 17, 2013

Restoran Rebus-Rebus Steamboat & Grill, Padang Jawa


Assalamualaikum semua..

Sebelum puasa Zamri ngan kawan-kawan ajak makan kat steamboat..Aku cari tempat dan pilih kat restoran rebus-rebus ni sebab nak kelainan sikit..Ada grill..Steamboat sahaja boring kot..

Dapat alamat terus pergi..Senang je nak cari kat area alam avenue, padang jawa..Kedai dia tak adalah macam steamboat lain..Kedai dia biasa-biasa jer tapi makanan terbaik..Aku suka grill dia..Sangat sedap okeh..

Jom layan gambar..

Pakcik ni sangat suka grill..Kononnya kena dengan diet dia..

Pergi dengan kawan-kawan ofis dia..Diorang susah sikit nak makan..Ada budak kecil..Aku tak ada budak kecil nak handle bahagia je makan..;p

Poyo dengan chopstick bagai..Fefeeling macam kat drama korea tu..Kata makan teppanyaki kan..haha~

Aku cuma mengadap daging sahaja sebab aku kan peminat tegar daging..Ayam semua tak layan..Daging dia makan gitu saja pun dah sedap..Tak payah sos bagai..

Steamboat memang ko tak layan sangat sebab dah mengadap grill sahaja..

Bila tengok gambar ni terliur balik..Kami akan kembali lagi untuk makan..

Nah..Live update dari keek..;p



Tuesday, July 16, 2013

Moh Layan Hindustan


Assalamualaikum semua.. 

 

Cerita-cerita lama juga bestkan..Lagu-lagu pun best..Malam ni nak layan hindustan sebab tak boleh pergi terawih..;p

Tetiba nak download semua lagu-lagu hindustan yang best..^_^

Friday, July 12, 2013

1st Ramadhan 1434 - Kakak & Adik Berpuasa


Assalamualaikum semua..

Nak cerita pasal kakak dengan adik berpuasa..Sorry gambar tak ada pun..Kakak dengan adik baru nak belajar puasa..Sebab tahun lepas diorang duduk dengan emak aku..Emak aku sayangkan cucu sangat budak tu cakap lapar terus bagi makan..

Tahun ni nak tak nak memang kena belajar puasa..

Balik dari ofis hari tu dengar kakak dah meraung-raung nangis..Menangis macam kena dera..Adik relaks jer..Ingatkan apa rupanya lapar..Pujuk punya pujuk dia ok..Tapi badan memang tak bermaya langsung..Macam orang tak makan 3 hari..

Paling mengejutkan aku adalah adik..Adik ok jer..Ceria sangat..Mungkin teacher kat genius aulad dah ajar dia..Alhamdulillah..

Hari ni puasa dah hari ke-3..Semalam ok..Siap temankan papa pergi shopping lagi kat tesco..;p

Lagi satu jangan ajar anak puasa dapat habuan..Ajar dia puasa dengan ikhlas..Aku cuma cakap dengan diorang kalau tak puasa Allah tak sayang..Bila Allah tak sayang macam-macam nikmat Allah tak nak bagi..Lagi satu aku akan cakap kalau tak puasa tak boleh raya..

Jangan ajar bagi habuan ye..Nanti apa-apa benda dia buat semua nak habuan..Tak nak macam tu ye..Selamat berbuka puasa semua..;p 

Buka apa hari nih??

Nafsu Ramadhan..^_^


Assalamualaikum semua..


Dua hari puasa nih korang berbuka apa je??

Adakah macam kat atas nih??Aku berbuka puasa selama dua hari ni bersederhana sahaja..Tak pergi bazar pun..Memang niat kami kalau boleh tak nak ke bazar tahun ni..

Sebab kalau pergi ke bazar confirm pembaziran berlaku..Kalau pembaziran berlaku kan tak elok..Biarlah kita sederhana sahaja..;p

Fikirkan orang yang susah dapat makanan..Kita kat sini senang lenang buang makanan..Jangan membazir ye..Pesanan ikhlas dari Hajar..

Thursday, July 11, 2013

Bermuka-Muka Di Bulan Puasa


Assalamualaikum semua..

First day puasa kami dah buat hal..Datang giler-giler kami..Mana taknya hari pertama puasa tuh semua orang serius jer..Apa lagi kami pun buat hal..Gelak terbahak-bahak kitorang..


Memang happening sejak berkawan dengan diorang..Ada yang tak masuk dalam gambar..Malu kononnya..


Ibu mengandung yang paling hover okeh..Nama pun Hajar juga..


Kami buat group dalam we chat..Memang happening we chat kami..Zamri pun tergelak-gelak dengar..Korang paling best..Kena ngan hotak aku yang ting tong..Lepas nih tak dapat lepak lama-lama dengan korang..Aku transfer tempat..;p

Wednesday, July 10, 2013

Kakak Berkemho


Assalamualaikum semua.. 


Lepas sahur kakak tak sambung tidur..Adik lepas makan je terus tidur..Diorang belajar berpuasa..Harap diorang berjaya hari ini.. 

Awal sangat dia siap hari nih..Kerja dia main tab aku..Rupanya dia berkemho bagai..Ikut perangai siapalah ni..Aku tak ye..Aku mana berkemho2 ni..Tak suka pun..Nasib tak buat mulut itik bagai..haha~ 

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan 1434


Assalamualaikum semua..


Saat yang dinanti telah tiba..Selamat menunaikan ibdah puasa buat semua..Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu kerberkatan kepada kita semua..InsyaAllah..;p

Friday, July 5, 2013

Ultra White Skin Solution


Assalamualaikum semua.. 

Baru sampai..Terus nak tayang..hehe~

Katanya kesan dalam tempoh 10 hari..Lepas 10 hari aku akan update..Kalau aku senyap je maknanya tak ada perubahanlah tuh..;p  


Khasiat ultra white skin solution:
  • Mencerahkan kulit secara sekata di seluruh tubuh
  • Mengeringkan jerawat dan memudarkan parut / jeragat
  • Menegangkan kulit yang kendur dan berkedut
  • Menyahtoksin bahan beracun dari tubuh
  • Menyihatkan kuku, rambut & menguatkan tulang
  • Menyingkirkan radikal bebas dari tubuh
  • Mengatasi masalah kulit kering & rekahan tumit
  • Melindungi dari kesan AV / UV
  • Melindungi mata dari kerosakan fungsi
  • Menguatkan system imunisasi tubuh
  • Meningkatkan tenaga & kesihatan tubuh

Thursday, July 4, 2013

Read To Me Mom


Assalamualaikum semua..

Aku dijemput oleh Genius Aulad untuk join program ni..Sebenarnya aku berbelah bagi waktu nih sebab pada masa yang sama kakak ada sukan..Kakak pun nak aku ada sekali tengok dia bersukan..

Nasib baiklah program ni start lambat so aku sempatlah tengok kakak sukan dulu baru aku pergi kat Genius Aulad..

Program ni free je pun..Khas untuk ibu-ibu sahaja..Zamri aku tinggalkan dengan anak dara tuh..Biar dia jaga anak-anak..;p

Program ni sangat bagus untuk kita sebagai ibubapa..Aku kurang setuju diorang jemput ibu-ibu sahaja..Bapak2 pun aku rasa patut dengar..Macam mana kita nak bagi minat anak-anak kita membaca..

Waktu ni luahan seorang ibu yang busy..Paling awal dia ada kat rumah dalam pukul 9.00malam..So, dia tak ada masa nak luangkan dengan anaknya..Tetiba aku rasa bersyukur kerja aku ontime boleh balik..

 
Panel hari tu..Yang pegang mikrofon tu dia ada anak berumur 20an..Macam tak percaya jer..Panel2 ni best sebab diorang ajar macam mana nak bagi anak minat membaca..

Waktu ni kitorang kena nyanyi lagu untuk anak kitorang..

Salah seorang mak share macam mana dia ajar anak dia & dia berterima kasih pada Genius Aulad..

Khusyuk semua orang dengar..Aku rasa aku yang paling muda kat sini..hehe~

Umi ni bila cerita bukan budak je minat..Aku pun minat gak..

Tak ramai pun join..Rugi siapa yang tak datang..Dahlah program ni free jer..Terima kasih pada Genius Aulad sudi buat program macam ni..Lain kali buat lagi..hehe~

#Gambar aku ambil dari fb Genius Aulad..

Cara untuk Mengelak Kepala Jatuh ke Bahu Orang Sebelah


Assalamualaikum semua.. 


Pagi2 bukak fb nampak gambar ni..Terus tergelak..Macam ni punya tidur boleh arwah juga..;p

Wednesday, July 3, 2013

OOTD


Assalamualaikum semua.. 

Budget macam retis nak ootd bagai..Pada yang tak tahu ootd tu outfit of the day..Selalunya retis buat gini lerr..Tak lama lagi mesti ada yang tiru plak aku buat macam nih..

Tapi aku tak akan buat duck face ye..^_^
 
Apa yang aku pakai semalam..Memang nak tunjuk sebab aku beli dari kawan aku..

Yang ni pulak aku pakai hari Sabtu..Nak pi dating dengan sugardaddy aku.. 

Alang-alang aku dah buat entry ni kan..Sejak dua menjak ni aku sering diganggu oleh beberapa orang..Yang chat nak berkenalan..Yang panggil aku baby, sayang apa semua..

Aku tak nafikan yang aku ni seorang open minded..Tapi tak bermakna aku murahan..Faham ye makna aku nih..Lagipun aku ada suami..Tolong hormat..Kalau aku masih bujang pun aku tak suka orang boleh suka2 panggil aku macam tuh..

Ada yang panggil aku baby tuh dah berkahwin pun..Ko ingat aku nak skandal2 nih..Sorry my sugardaddy lebih hensem dari uols..Aku masih bahagia dengan suami aka sugardaddy aku..

Orang-orang macam ni aku tak nak malukan diorang cuma aku block diorang dari hidup aku..Aku bukan budget hot macam orang tergila-gilakan sangat..Tak pernah ada perasaan macam tu pun..Cuma aku minta tolong respect orang..Apa perasaan korang kalau ada orang buat kat wife kau macam tuh?? Terima tak??

Wordless Wednesday : Teduhan kasih


Assalamualaikum semua.. 


Semalam episod habis..Hari ni baru dapat novel aku..Ada orang pulangkan..Siap bagi sampel raya lagi..Kau hado??
 

Tuesday, July 2, 2013

Pantai Redang, Sekinchan


Assalamualaikum semua..

Sorry sangat dah lama tak update..

Hari tu ada kenduri rumah nenek aku..Lepas habis je kenduri makcik2 aku ajak pergi jalan-jalan kat pantai redang..Korang jangan ingat pantai redang kat Terengganu aku pergi..Idok lerr..Tak mampu..

Korang ingat kat sana je ada kat sini pun ada tau..Korang layan gambar ye..

Wajib gambar tuan tanah kedaung..


Zamri tak habis-habis nak tunjuk tangan yang ketaq2..Waktu ni kami jakun dengan ikan-ikan yang ada..Nampak macam tak ada ikan tapi bila kau bagi makan ikan berlambak ikan keluar..Tak percaya meh tengok video nih..



Makanan ikan tu kena beli..Satu plastik RM2.00 jer..Tapi pandailah diorang sebab diorang tak payah bagi makan..Pengunjung mesti bagi makanlah..hehe~


Makcik aku yang dukung anak tuh..Orang mesti ingat adik beradik kitorang..


Budget macam retis..Banyak kamera..


Muka aku waktu ni cuak sebab aku gayat..Ni kami kat atas menara..Tinggi jugaklah sebab tu aku gayat..Sampai aku terus duduk sebab pening..





Tengoklah mak aku dah ikut tingtong macam anak-anaknya..


Abah aku yang tak akan lupakan rokoknya..Aku suka gambar nih..


Pantai pun cantik..Kalau nak lepak tunggu matahari terbenam memang cantik..


Jun 16, 2013 | Pantai redang.. by shajar87 on Keek.com



Makcik ngan pakcik aku..Best jalan ngan diorang..Sporting habis..


Tak lupa mesti wajib ambik gambar berdua..


Aku ngan adik2 aku yang ting tong..haha~



Kalau korang nak datang ok jugak tempat nih..Ada chalet sekali tau..Chaletnya cantik..Sorry lupa ambik gambar chalet..Kat sini kalau nak singgah makan kat restoran ikan bakar sekinchan bolehlah..Kami tak makan kat situ pun..Lebih baik kami beli ikan kat bagan lepas tu bakar sendiri..Lagi puas hati..

Lagipun ramai datang hari tuh..Kalau aku dah bonus waktu tu boleh jugaklah nak belanja..;p

Update: Sorry lupa nak beritahu kat mana lokasinya..Dari traffic light Sekinchan uols dah boleh nampak signboardnya..Kalau dari Sg Besar boleh lalu kat tepi masjid tu lagi senang..Ada je signboard nak ke Pantai Redang..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...