Wednesday, August 28, 2013

Wordless Wednesday : Sata & Keropok Lekor

 
Assalamualaikum semua..
 
 
Semalam ada jamuan raya bersama pekerja di Kuantan, Pahang..Kami ambil kesempatan makan sata dengan keropok lekor di Kemaman, Terengganu..Best sangat dapat makan sata..;p

Tuesday, August 27, 2013

Jom Spa Di Rumah..^_^


Assalamualaikum semua..

Korang ingat tak boleh buat spa kat rumah..Janji rajin okeh..Kalau malas dan rasa banyak duit silalah buat kat spa..Aku ni tak berapa nak banyak duitlah..Maka buatlah spa di rumah..Google punya google aku jumpa produk yang boleh buat spa dirumah..

Dah lama nak beli tapi tak beli2..Last2 nak raya baru aku beli..Konon-konon nak cantik da boom raya nanti..;p


4 barang sebenarnya aku beli..Lagi satu sabun payung mahkota..Dah guna baru ingat nak ambil gambar..Jawapannya tak ada dalam gambar..

First time guna lulur biji kopi dengan gel mandian santan kelapa terus suka..Kulit terus jadi licin dan lembut hokeh..Tak pernah rasa kulit licin macam tuh..Zamri asyik nak pegang jer..

Lepas tu badan jadi segar je..Hilang penat satu hari kerja..

Banyak khasiatnya juga..Korang boleh baca kat blog spa *d* rumah..

Aku beli juga garam spa kaki nih..Bau best..Bau lavender gitu..Lepas rendam kaki aku akan gosok tumit guna penggosok tumit..Tumit cantik je..Tak adalah merekah bagai..Mak aku selalu pesan muka je lawa tak guna tapi kaki teruk..

Lepas pakai lap kering2..Pakailah losyen kaki..Aku suka pakai stokin lepas sapu losyen..Karang berjalan satu rumah habis losyen tuh melekat kat lantai..

Korang boleh cuba kalau tak percaya..Aku puas hati..Mungkin akan repeat order bila habis..Korang nak beli boleh pergi ke fb spa *d* rumah..

Selamat berspa..^_^

Iftar Reunion @ Mak Engku Steamboat & Grill


Assalamualaikum semua..

Cerita puasa hari tuh..Ex classmate sekolah menengah dulu ajak buka puasa beramai2..Kononnya reunion sekalilah..Lama dah tak jumpa diorang ni..Aku rasa bertahun jugaklah..Kami makan di Mak Engku Steamboat & Grill..Mula2 tempat sepatutnya kat Aroma Ikan Bakar..Aroma full booked..Nasib baik tak pergi..Kontraktor ofis aku cakap makanan tak berapa sedap makan kat sana sebab orang terlalu ramai..Lega..;p

Mak Engku Steamboat & Grill ni aku yang cari..Kalau suruh cari tempat makanan serah je pada aku..InsyaAllah aku permudahkan..hehe~

Aku sampai awal juga..Pagi2 lagi kami dah shopping di Alamanda, Putrajaya..Lepas tu pergi Setia City Mall, Setia Alam..Lepas shopping baru pergi ke Kuala Selangor..Dulu aku ingat tak wujud steamboat kat Kuala Selangor nih..Rupanya ada..Next time nak bawak family aku makan kat sini..Bukan sekarang sebab Zamri kena alergic yang teruk sejak akhir2 ni..Mungkin akan refer ke pakar..Dari raya kejap naik kejap surut alergic nya..

Merepek pulak aku..Pasal tu mungkin aku cerita entry lain ye..Jom layan gambar..^_^

Kita amik 2 meja jer..Tak semua yang datang..Kalau semua datang tak muat 2 meja aku rasa..Mungkin book satu kedai..

Steamboat kali ni ok jugak..Lebih kurang je aku pergi Rebus2 tuh..Banyak aku makan grill..

Anak dara aku sakan makan sebab diorang puasa..Nampak semua makanan wajib try..Macam kita kecil2 dululah..

Alamak gambar Zamri terblur plak..

Walaupun nampak sikit orangnya tapi gamat jugak kedai tu kami buat..Suara kitorang je hover..Masing2 dah lama tak jumpakan..Bila jumpa imbau kenangan sekolah dulu..

Lepas tu kami gerak ke 1 plaza..Sesi bergambar pulak..Kat kedai tu gelap nak amik gambar..Kat sini terang sikit..

Hujung pakai cap tu husband kawan aku..Yang 3 orang ni kalau bab menyakat orang nombor satu..Dari dulu sampailah sekarang..Baju putih tu dulu kurus macam yang baju hitam tu..Sekarang..Hmmm..

Eh tetiba selit gambar makan lagi..Aku malas nak edit2 lagi..Biarlah ye..Baju hitam tu adik aku yang belajar kat Sarawak tuh..Minggu depan habis cuti..Cuti sakan dia raya ni..

Bergambar depan pintu 1 plaza..Waktu ni orang tengok kitorang pun pelik..Nak kata pelancong muka macam muka jawa..Tapi jakun bergambar kat sini..haha~



Memang kecohlah bergambar dengan diorang ni..

Tahun depan kita buat lagi ye..Tempat lainlah pulak..Bosan asyik makan steamboat saja..;)

Makan kat sini ok..Harga murah sikit dari harga area lembah klang nih..Dewasa RM24.90 tak silap aku..Kanak-kanak dalam RM12 je kot..Aku pun dah lupa..Dah mengantuk nih..Esok nak pergi Kuantan, Pahang..

Dikala korang baca entry nih mungkin aku dah otw ke Kuantan..Jalan2 cari makan..

Monday, August 26, 2013

Cendol Bakar @Dengkil


Assalamualaikum semua..

Hari Sabtu yang lepas kami terjah pergi ke Cendol Bakar dekat Dengkil..Cendol Bakar ni sebenarnya ada kat Kuala Selangor tapi tak pernah pergi pun..Kawan Zamri cakap sedap..Memandangkan cuaca agak terik maka kami pun terjah kat sini..

Drive thru pun ada tau..Kat sini order dan bayar dulu kat kaunter..Tunggu kejap cendol dah siap..Sekejap je..

Kami order cendol durian..Cendol ni sedap..Aku kalo makan cendol selalunya aku hirup airnya je..Tak suka makan isi dalam..Tapi cendol bakar ni aku boleh habiskan sampai licin..Dalam ni siap ada nata de coco lagi..Maknanya sedap lorr..

Kami order sekali cucur udang..Tak sampai 5 minit licin dah..Sedap dan rangup..

Syamimi pun suka..Cuma diorang tak boleh habiskan..Kalau boleh budak share jer..

Alhamdulillah setakat hari ni bila aku teringin nak makan apa2..Zamri akan tunaikan..Walaupun tengah malam..Siapa tak sayang bini ye..^_^

Jamuan Raya WPKL


Assalamualaikum semua..

Tiba-tiba jamuan raya terus ye..Macam aku beritahu sebelum ni..Ada cerita baru dan cerita lama..Ikut suka aku je nak letak kan..;p

Jamuan raya dekat ofis kami di KL..Kami dari HQ memeriahkan majlis dan memenuhkan majlis..haha~

Gambar sebelum nak bertolak..Sempat lagi nak bergambarkan..Diorang nih kalau tak ada kat ofis mesti senyap..Kalau ada korang fikirlah sendiri ye..

Gambar aku wajib ada lorr..

Sampai2 jumpa mak datin 2 orang nih..Sporting habis..

Kami sampai majlis belum bermula..Bila belum mula apalagi kitorang amik kesempatan bergambar kat atas pentas..

Bila majlis dah start pun bergambar jugak..Gambar ni penuh cahaya keimanan sangat..Aku pakai lens colour gray..Ikut tema baju..hehe~

Mak dara..Belakang tu dapat hadiah banyak..Bila dapat hadiah banyak jadi gila sampai terbawa2 dalam kereta..

On the way kami balik ofis jalan jem sangat..Gelak sakan dalam kereta bagi hilang rasa bosan..Tak percaya korang boleh tengok video kat bawah nih..



Bahana Sushi


Assalamualaikum semua.. 

Aku akan cuba update blog sekerap mungkin..Ada entry lama dan ada entry baru..Maksudnya cerita lama baru aku nak letak kat sini..Tak pelah janji aku update ye..


Sepanjang puasa langsung tak dapat makan sushi..Asyik tengok orang upload kat instagram jer..Nak ajak Zamri memang dia tak makanlah..Tekak melayu sangat..

Aku ni tekak jawa moden..Tak kisah makanan apa janji halal..Ajak kawan ofis makan..Terus setuju sebab dia memang mengidam..Tak lama lagi nak bersalin dah..Baik kita tunaikan hasrat dia..^_^

Puas hati dapat makan setelah hampir 2 bulan tak makan..Tapi rasa macam nak makan lagi..Jom2..

Sunday, August 25, 2013

Melaka River Cruise


Assalamualaikum semua..

Dah lama cerita nih..Dah basi pun..Baru jumpa gambar..hehe~

Kami rancang nak pergi ke Melaka River Cruise ni malam sebab pemandangan mesti cantik..Lepas maghrib kami terus gerak pergi sini..

Sesat walaupun Zamri orang Melaka sebab kami tak pernah pergi sini pun..Aku ok lagilah kan..Aku orang Selangor..Yang orang Melaka pun tak pernah pergi..Apa cerita??

Jumpa juga akhirnya..Kami follow signboard jer..Sampai kami terus beli tiket..Tak beratur panjang pun..

Tiket untuk dewasa RM10 je..Kanak2 pula RM5..Murah je..

Aku tak banyak gambar kat sini sebab kamera tak bawak..Harapkan tab sahaja..Korang tahu jelah kalo tab tempat gelap langsung tak nampak apa pun..

Nasib baik kat sini ada cahaya..Kalau kat bot memang kirim salam ye..Yang tu adik aku..Masih anak dara..;p

Ni mak dara..

Anak dara lagi..Kita bagi peluang anak dara bergambar banyak2..Nak cari calon..haha~

Bapak dara dengan anak dara..^_^

Naik cruise ni seronok jugak..Katanya first time kan..Cuma air sungai tu agak busuk sikit..Bila terpercik habislah..Pemandangan memang cantik..Baik pergi malam bagi aku..On the way sepanjang sungai tu akan ada penjelasan tentang river cruise nih..Sejarahnya dan sebagainya..

Mungkin aku akan pergi lagi..Hari tu tak puas sangat berjalan sebab ada jerebu..Next time kita jalan puas2..

Wednesday, August 21, 2013

Pray for Mesir, Gaza & Syria


Assalamualaikum semua.. 


1. Ini Gaza yg keluasannya 3 suku dari bandar Klang.

2. Kirinya Laut dan border berwarna purple adalah tembok setinggi 3 tingkat binaan Zionis. Satu2nya jalan menghubungkan dgn dunia luar adalah melalui Rafah dan terowong2 disitu.

Setelah kejatuhan Presiden Mesir Dr Morsi, pintu Rafah ditutup dan terowong2 dimusnahkan oleh tentera Mesir sendiri. Bantuan utk Gaza lumpuh 100%. Malam kelmarin wakil dr MAPIM memberitahu dikhabarkan lebih 1000 buah kereta kebal Israel di tempatkan di Rafah. Ini bermakna umat Islam Gaza telah terkepung dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diratah oleh Zionis.

Mungkin inilah antara agenda mereka menggulingkan Dr Morsi. Saya hanya menyampaikan apa yg telah disampaikan pd saya dan jemaah yang lain oleh wakil MAPIM tentang amanat Perdana Menteri Palestin. "Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini utk mempertahankan tanah umat Islam, tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir.Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan tolong sebarkan tentang kami kpd semua umat Islam kerana kami terkepung utk memberitahu kpd dunia".

**Dapat email dari kawan aku..Sama-samalah kita doakan ye..;p


Wednesday, August 14, 2013

Bonus Raya dari Samsung


Assalamualaikum semua.. 


Apa korang dapat kalau dapat email macam ini..Aku buat bodoh je lepas tu aku delete..Mana ada orang senang-senang nak bagi duit sekarang ni..Nasihat aku janganlah percaya benda-benda macam ni okeh..;p

Tuesday, August 13, 2013

Salam Syawal 2013


Assalamualaikum semua.. 



Tak lambat lagi kan nak ucap Selamat hari raya pada semua..Nak update awal-awal line kat kampung memang tak dapat langsung..Maxis line problem..Langsung tak ada line..Adik aku pakai celcom elok je..

Mungkin aku nak bertukar ke celcom lepas nih..Orang hantar sms ke whatsapp tak dapat nak reply..Hari Ahad semalam baru ok..

Kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua..Minta maaf kalau kami ada buat salah secara sengaja atau tidak di sengajakan..Tahun ni tak ada buat open house..Kami mengalukan sesiapa yang ingin datang..

Masih mood raya tapi kena kojo oooii..;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...