Monday, September 30, 2013

Penangan Derma Darah


Assalamualaikum semua..

Hari Rabu yang lepas aku derma darah..Tak sangka lepas pulak..Selalu ada masalah tekanan darah rendah..Alhamdulillah dapat derma darah..Last aku derma pada tahun 2011..Lama kan..

Bila doktor kata boleh derma darah aku terlalu excited sampai lupa nak beritahu Zamri..Dah lepas derma baru ingat..Tapi call tak angkat pun sebab dia kalau kat site memang susah sikit nak angkat call..

Balik rumah baru beritahu sebab takut dia risau..Balik tu memang satu dugaan bagi aku..Rasa mengantuk yang tak boleh tahan2..Aku pasang radio bukan main kuat lagi..Lantaklah orang nak cakap apa..

Bila aku beritahu terus dia letak minyak gamat kat tempat kena cucuk tuh..Lepas tu terus aku tidur..Makan pun Zamri yang suap sebab aku macam tak larat sangat..Nasib baik hari Khamis aku memang cuti..Kerja aku tidur sahaja..


Sampai sekarang masih lebam lagi..Gambar tak berapa cantik sebab aku guna kamera nokia cokia..Macam tangan aku banyak daki plak ye..Tangan aku bersih ye..Hari2 lulur dan scrub mahu tak bersih..hehe~

Disebabkan masih lebam Zamri tak bagi aku derma lagi sebab dia memang tak boleh tengok aku sakit..Walaupun nampak lebam tapi tak sakit tetap dia tak bagi..Kalau aku kena pisau tengah masak..Dia tak bagi aku potong dah..Aku tinggal masak je tapi aku bukan jenis begitu..Tetap degil nak potong memotong tapi dia monitor aku..

Benda yang buat aku sakit dia dah tak bagi aku buat..Dia kata dia sakit tak pe jangan aku sakit..Sweet sangat..Sebab tu aku sayang sangat kat dia..;p

Bab derma darah lain kali aku pujuk mesti dia bagi punya..Bagi aku bila aku derma, darah aku mungkin dapat menyelamatkan satu nyawa..^_^

Tuesday, September 24, 2013

Muka putih Tangan Pun Haruslah Putih..;p

 
Assalamualaikum semua..
 
Aku terpanggil nak buat entry ni sejak raya hari tuh..Terpanggil konon..haha~
Aku ada pergi jamuan raya hari tu kat Pahang..Khas untuk pekerja kat sana..Dalam majlis tu ada sesi karaoke..Suara pekerja-pekerja kat sana mantap kot..Ada yang macam Ziana Zain dan ada yang macam Awie pun ada..
 
Ada seorang pekerja ni cantik, suara pun sedap..Ramai tengok..Aku tengok pun kagum tapi bila aku pandang atas bawah gagal sebab tangan dengan kaki hitam..Jauh warna dengan muka dia..Muka dia putih melepak..
 
So, aku terus buat kesimpulan mesti dia ni dulu hitam..Memang betul tekaan aku..Ada pekerja sebelah aku mengiyakan..
 
Ok..Adik2 kakak2 yang nak putih sangat tu janganlah lupakan bahagian lain ye..Jangan focus kat muka sahaja ye..
 
 
Contoh muka dengan tangan lebih kurang je..Dulu, aku pun tak berapa nak cerah..Tak percaya tanyalah Zamri..Zamri sampai sekarang dia dok kutuk aku hitam masa dulu2..
 
Aku nak share tips yang korang boleh amalkan..Bukan tangan je putih satu badan hokeh..
 
 
Silalah guna lulur dan scrub putri binary..Banyak kali aku tekankan kat sini perempuan dan scrub tidak boleh dipisahkan..Benda wajib ada kat bilik air ye..Kalau korang tak suka brand ni boleh cuba brand lain ok..Aku tak ada share pun dengan putri binary ni..Cuma aku salah seorang customer yang berpuas hati..Buatlah 2-3 kali seminggu..
 
Kalau lagi rajin hari-hari pun ok..Pakai ni bukan badan je cerah tapi celah-celah ketiak atau celah kangkang cerah juga..^_^
 
Lagi satu benda wajib jangan lupa pakai losyen..Aku pakai yang ini..Kalau boleh carilah losyen yang ada perlindungan dari sinar matahari..Skema sangat ayat..
 
Bertahun dah aku pakai Vaseline ni..Patut diorang ambil aku jadi model..haha~
 
Selamat mencuba ye..Biar kita cantik atas bawah..Lagi seronok dapat pujian dari suamikan..Bila Zamri puji aku rasa berada di awan-awangan..Perasan..;p

Weekend Kami..^_^


Assalamualaikum semua..

Semalam baru dapat outing bersama Zamri dan anak-anak..Aku busy study kononnya..InsyaAllah hari Jumaat ni start exam..;p

Niat di hati nak pergi taman burung kat KL tapi keluar rumah pun dah lewat maka kami melencong ke The Mines..Nak naik cruiselah..

Kitorang keluar lewat sebab aku membuta dulu..Penat perah otak tau..Sampai2 tanya tiket cruise pusing2 kat tasik kecil je..Tasik besar malam sikit..So, cancel..Tak jadi naik cruise lorr..

Dekat kaunter tiket merata kedai makanan..Aku tergoda dengan bau dari gerai auntie anne's..Terus beli 2 set..Anak dara pun suka dengan pretzels..


Nampak tak betapa sedapnya kakak makan..


Sebenarnya time ni Zamri ada beli kebab lagi..Kebab pun anak dara makan juga..Seronok tengok diorang makan..Diorang banyak makan jugak tau sebenarnya..Itupun ada lagi orang cakap kami tak bagi makan kat anak dara aku..Manusia2..


Terselit pulak gambar empunya blog ye..Aku suka pakai colour blocking kalau kat luar..Kat ofis tak pakai macam ni sebab ramai sangat pengkritik tak bertauliah..haha~

Lepas kitorang makan-makan, jalan-jalan, cuci mata, shopping2..Apalagi balik lerr..On the way nak balik kami singgah sg ramal food junction nak beli willy satay..Dapat juga beli walaupun kena beratur..Next entry lah ye..;p

Thursday, September 19, 2013

Misi Mencari Kasut Sekolah

Assalamualaikum semua..

Kasut kakak dah hancur..Nak kata anak aku tu lelaki dah terang lagi bersuluh anak aku perempuan tapi lasaknya macam lelaki..2 pasang dah hancur..

Zamri ajak cari sempena cuti hari Malaysia hari tu..Puas aku fikir nak cari kat mana sebab sekarang bukan musim barang sekolahkan..Last2 aku ajak Zamri pergi Mydin je..Confirm kat Mydin ada..

Masuk Mydin terus Nampak bata..Kat bata ada jual kasut sekolah..Try dan terus beli..


Aku pilih design yang biasa-biasa je sebab berdasarkan pengalaman sebelum ni..;p

Wednesday, September 18, 2013

Instagram

 
Assalamualaikum semua..
 
Sejak2 ada instagram ni aku rajin upload gambar..Aku memang peminat instagram senang cerita..Macam instagram tu retis pulak aku nak minat-minat ye..
 
Sebab utama aku suka tengok gambar..Especially gambar yang cantik2..Tak kira orang atau apa..Memang suka..
 
Aku follow orang yang aku suka..Yang aku tak suka aku tak follow..Tapi kalau kau follow aku lepas tu kau unfollow, kau akan jadi blacklist dalam hidup aku..haha~
 
Bukan aku minta pun kau follow aku ye..^_^
 
Selfie time..hehe~
 
Sekarang ni apa-apa gambar aku dah tak link kat fb sebab ramai sangat pengkritik tak bertauliah kat sana..Kalau suka nak tengok gambar aku silalah follow aku di instagram aku ye.. *hajarzamri05*
 
Tiada paksaan sama sekali ye..Aku rajin upload kat sana kalau aku tak update kat blog..

Tuesday, September 17, 2013

Makan-makan at Ramal Food Junction, Kajang

 
Assalamualaikum semua..
 
Niat kami kesini sebenarnya nak makan kat satay willy tapi tutup rupanya..Kempunan nak makan satay..Hari tu ada jamuan makan sikit jer..
 
Alang-alang dah sampai makan jugalah kat sini..Kat sini banyak gerai..Ikut tekak je nak makan apa..
 
Aku teringin nak makan mee udang plak bila tengok ada gerai mee udang, kuala sepetang kat sini..
Terus order 2 sebab si adik pun nak makan juga..Nasib baik sedap..;p
 
Gerai abang burn pun ada..Zamri order burger dengan meatball..Nak rasa meatball kat sini jugak..
 
Bagi aku meatball ikea sedap lagi..Tak boleh lawan mana2 kot..Kalo ada yang sedap selain ikea beritahu aku ye..Meh aku nak terjah..Homemade punya lagilah aku alu-alukan..hehe~
 
 

Friday, September 6, 2013

Comel Sangat..^_^

 
Assalamualaikum semua..
 
 
Kakak aku whatsapp gambar nih..Aku siap tanya siapa nih..Rupanya yang mata sepet tu adalah aku..Comel sangatkan.. ~Tangan di dada mata ke atas~ 

Tips: Kulit Selembut Bayi

 
Assalamualaikum semua..
 
Siapa tak nak kulit lembut bayikan..Semua orang nak..Tak susah pun..Senang jer..Janji kena rajin..Kalau tak rajin memang tak dapat kulit selembut bayi..
 
Lulur dan scrub..
 
Korang pilih je lulur dan scrub mana-mana yang korang suka..Aku suka guna putri binary yang colour pink punya..Murah je..Terbaru aku guna produk kat bawah tuh..
 

 
Buat seminggu 2 kali..InsyaAllah kalau korang amalkan bukan kulit je lembut tapi daki susah nak lekat..Celah kangkang pun boleh putih..Tak percaya?
 
Cubalah..;p
 
Tak susah nak amalkan sebenarnya..Sebelum korang mandi lumur satu badan dan gosoklah..Lepas tu biarlah 2-3 minit baru bilas..Dah bilas mandi macam biasa..
 
Kalau korang lagi rajin lepas mandi pakailah losyen untuk kekalkan kelembapan kulit..
 
 Lulur dan scrub adalah benda wajib bagi perempuan tau..
 
Percayalah dan korang akan suka..^_^

Thursday, September 5, 2013

SuriRumah ke SuraRumah?

 
Assalamualaikum semua..
 
Zamri dah tak makan gaji..Full time buat business so masa dia banyak ada kat rumah..Anak semua dia uruskan..Katanya nak berjimat..Lagipun dia kata boring duduk rumah..
 
Aku ok je..;p
 
Perbualan ni pagi ni..Aku tengok dia online kat fb..Saja kacau..
 
 
 
Adik anak aku yang no 2..Anak aku breakfast makan yogurt..Kerlass laki aku bagi makan yogurt sejak2 jadi surarumah ni..haha~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...