Tuesday, December 17, 2013

Rahsia Kecantikan


Assalamualaikum semua..

Sejak akhir-akhir ni ramai tegur kulit aku dah cantik..Ada yang cakap cerah dan sihat bermaya..Dah macam iklan pulak aku rasa..Pergi mana-mana mesti ada yang tegur..Dan yang paling ketara yang aku perasan pergi mana-mana mesti orang tertoleh2 nak tengok..

Rasa macam baru orang nampak kewujudan aku..haha~

Aku pernah alami fasa kulit yang bermasalah..Pernah sampai ke New York Skin Care..Last2 produk NYSC aku bagi kat orang..

Macam-macam produk juga aku beli..


Tengok gambar aku sekarang ni..Aku jarang2 nak berselfie..Tapi demi korang aku sanggup..Sebab nak share rahsia kulit jadi sihat bermaya..Tak make up pun cantik hokeh..Ni just pakai bedak biasa je..Lepas solat malas nak make up over sangat..Abaikan pipi yang tembam tu..Ambik gambar side mana pun tetap nampak tembam..;p

Rahsia pertama yang aku cuba untuk memulihkan kulit aku pakai AS BEAUTY..Korang googlelah ye..Malas nak cari..hehe~

Just cuba tak harap pun kulit ok tapi lepas pakai 3 minggu dah nampak perubahan..Tak nak mengharap juga tapi ramai tegur maknanya produk ni sesuai untuk aku..

Produk kedua aku cuba ialah RADIGLOW..Selalu tengok instagram Irma Hasmie dok cerita pasal produk ni..Ajak member try..Dia pun ok..Sebab beli 2 kotak murah sikit..

Satu kotak habis kitorang beli lagi..Dan sekarang ramai tegur muka berseri2..Setakat ni saya dah ambil dekat 3 kotak..Makan pun senang..Hisap2 habis..Minum air yang bayak..Tipsnya kalau kau makan produk dalaman apapun mesti minum air yang banyak..Kalau tak memang tak menjadi..


Selain itu, aku amalkan minum vitamin c..Aku ambil redoxon..Selain jaga kesihatan vitamin c juga elok untuk kulit hokeh..

Seminggu sekali wajib scrub muka dengan tomato dan gula..Aku akan ajar kemudian ye..Masker pun jangan lupa pakai..At least seminggu sekali jugak..Nak cantik kena rajin..Kalau malas itulah yang kau dapat..Kalau rajin itu jugak yang kau dapat..

Dan petua yang selalu saya amalkan bangun2 pagi minum air..Sebelum buat apa-apa minum air dulu hokeh..InsyaAllah pagi pergi kerja muka glowing gitu..

Selamat mencuba..;p

Monday, December 16, 2013

Biar Papa Asal Bergaya


Assalamualaikum semua..


Ramai macam ni kan..Terpanggil nak buat entry ni sebab ramai di sekeliling aku berperangai macam ni..Meluat pun ada..

Ada orang tuh pakai kereta bukan buatan Malaysia pandang aku pakai kereta buatan Malaysia macam rendah sangat..Memang terasa rendah diri bila dia pandang macam tuh..Aku ingatkan aku seorang saje yang terkena rupanya ramai yang terkena..

Tapi Allah tu maha kaya..Allah nak tunjuk agaknya..Kau pakai kereta mahal tapi kau duduk kat rumah kos rendah..Aku bukan nak menghina tapi sebelum kau pandang hina kat orang muhasabah diri kau dulu..

Lebih baik kita pakai kereta biasa tapi dalam poket ada 7 ratus dari kau yang pakai kereta mewah tapi dalam poket kau hanya ada 7 ringgit..Makan bercatu bagai..

Bahagia ke hidup macam tu??

Bagi aku hidup ni biarlah bersederhana..Tak perlulah nak show off bagai..Mati pun tak bawak harta dunia ni semua..Kat dunia ni hanya pinjaman sahaja..

Ramai juga yang aku jumpa kaya tahap jutawan..Pakai shawl pun jenama fendi tapi tak pernah sombong dan pandang rendah pada orang..

Wednesday, December 11, 2013

Budget Retis


Assalamualaikum semua..

Gambar ni lama dah..Gambar raya sebenarnya..Tengah2 aku dok siapkan kerja diorang panggil ambil gambar..Gambar-gambar diambil lepas waktu kerja ye..Dalam pukul 6.30petang tak silap..Ramai dah tak ada sebenarnya..

Kami berposing mengalahkan retis pulak..Layan gambar ye..















Memang tak de kerjakan..;p

Boat Trip @ Pangkor


Assalamualaikum semua..

Lama betul aku nak update..Lama betul aku nak habiskan cerita Pangkor pulak..Malas bertimpa-timpa..haha~

Lepas kami makan dekat town petang tu..Kami buat keputusan nak naik bot..Dekat resort kami pun memang disediakan aktiviti2 macam ni..Kami nego dengan beach boy tuh..Diikutkan kira satu kepala RM10 tapi kami satu keluarga naik satu bot dah penuh pun..Kami ada 17 orang dapat harga RM150..Oklah tu kan..

Comel je anak aku pakai jaket ni..Orang duk fikir aku masih bujang coz anak dara aku langsung tak duduk ngan aku bila dah ada kawan..haha~

Bot trip ni ambil masa 1 jam jugaklah..Budak tu bawak kami ke pulau2..Ada macam-macam bentuk batu..Salah satu macam ikan kat bawah ni..

Ni je sempat ambil gambar..Semua gambar dari tab aku sebab kamera dslr aku tu rosak..Mungkin kami trade in ambil yang lain..Susah kot tak ada kamera..


Muka gembira masing2..Diorang happy aku pun happy juga..Tudung hitam tak nampak muka tu nenek aku..Macam-macam surah dia baca naik bot..Bila tanya tak takut tapi terpejam-pejam mata..

Orang tua macam tu kan..

Gambar kami..Kami duduk belakang sekali..Seronok sangat naik bot..Ni kali pertama aku naik bot..Tak mabuk pun..Berlagak kot..Macam nak naik lagi je..;p

Semua dok kata naik bot paling best dari trip Pangkor ni..Banyak2 aktiviti yang ni paling best..

Korang kalau pergi Pangkor wajib naik bot round satu Pangkor..Tak naik memang rugi..Kami cuma tak buat snorkelling sebab kesian pulak kat nenek aku kalau kami je yang seronokkan..Dia tengok je..Memang taklah..Kalau boleh kami bercuti sekali semua mesti seronok..

Balik dari bot trip ni diorang terus tukar baju mandi laut..Aku memang tak mandi..Tengah bulan mengambang..Maghrib masing-masing baru naik..

Kita sambung next entry ye..;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...