Thursday, May 15, 2014

Berjaya Time Square Theme Park


Assalamualaikum semua..

Cerita ni pun dah lama..Asal weekend kami tak pernah duduk diam..Ada je aktiviti kami..Kali ni kami lepak kat sini..Boleh dikatakan tiap-tiap bulan aku pergi sini untuk shopping..Tapi kali ni Zamri ajak masuk theme park..

Sebagai seorang isteri dan ibu yang solehah menurut perintah sahaja..Dengan syarat aku tak akan naik permainan orang dewasa punya..Thrill kot kat sini..Bagi anak-anak je seronok..

FYI, aku seorang yang terlalu takut dengan ketinggian..Gayat memang tahap kronik..Naik lif jernih pun aku tutup mata..


Yang ni semua permainan orang dewasa..


Kami berselfie sementara Zamri beli makanan..




Disuruh bergambar muka masing2..Alahai..Sibuk nak main jer..


Anak-anak seronok mak pak pun seronok jugak..


Muka mak2 tunggu anak-anak main..


Tiba-tiba Zamri ajak main permainan dewasa..Nama game tu Space Attack..Zamri kata permainan ni biasa2 jer..Aku pun percayalah..Lagi2 bila Zamri buat muka..Melawan dosa..Maka, pergilah..

Korang nak tahu perasaan aku time ni..Aku rasa nak mati..Lama sikit mungkin aku dah arwah..Macam-macam doa aku baca..Asyik sebut nama Allah je..Dia punya game memang attack jantung aku..Taubat aku tak nak naik lagi..Korang bayangkan naik lif pun aku gayat apatah lagi naik benda alah tu..Hanya Allah je yang tahu perasaan aku..

Bila berhenti aku menggigil teruk..Jalan pun menggigil..Setengah jam jugalah baru hilang aku punya gigil..Memang time tu aku marah Zamri kaw2..Tak ingat dah ada kat public..

Nak tengok game apa yang aku naik..Tengok video kat bawah ni ye..


Mar 4, 2014 | by shajar87 on Keek.com

Seram tak?

Sejak naik benda alah ni gayat aku makin teruk..Macam mana tuh??

^_____^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...