Monday, May 19, 2014

Yoga Session with WhisperMy


Assalamualaikum semua..

Dapat invitation dari churpchurp untuk join yoga session..Untuk pertama kalinya aku terima invitation..Banyak sesi sebenarnya..Aku pilih 10/05/14 hari tuh..

Nak sampai ke Myoga, Plaza Damas ni sebenarnya aku sesat..Aku guna GPS since Zamri tak pergi..Aku pergi dengan adik aku..Dialah peneman aku hari tu..GPS tunjuk kearah Myoga kat MidValley..Aku tak tahu rupanya Myoga ni banyak cawangan..

So, call pic churpchurp diorang bagi direction untuk cari Hartamas Shopping Centre..Jumpa tapi aku lambat sikit..Dahlah first time pergi event macam ni aku pulak lambat ye..Jangan serik panggil aku udah lerr..

Bila dah masuk kelas ramai lagi lambat rupanya..Lega sikit..

Cerita banyak-banyak tak guna silalah scroll di bawah tengok gambar aku beryoga ye..






Bagi aku pose yang ni paling mencabar nak buat..




Korang jangan ingat buat yoga ni tak berpeluh..Berpeluh jugak tau..


Fokus jangan tak fokus..


Perasan tak sebelah aku adalah Shazwani blogger famous jugalah..Aku selalu baca blog dia dan tengok ig dia..Dia tak sombong..Aku senyum dia senyum balik..Cuma tak sempat nak bergambar berdua dengan dia sebab dia nampak macam nak cepat je..


Penuh barang whisper dalam goodie bag yang aku dapat..Jangan jeles wokeh..Thanks to #WhisperMy and churpchurp for the yoga session..

Sunday, May 18, 2014

Special Dish for My Family..


Assalamualaikum semua..

Tajuk tak boleh blahkan..haha~

Bagi aku special sebab aku jarang nak masak lauk heavy..Ada orang diet kat rumah ni..Maka tak bolehlah masak makanan yang berminyak sangat..

Kali ni boleh masak lauk macam-macam sebab family aku nak datang..Diorang kalau serang confirm licin..


Aku masak asam pedas ayam, ayam masak kicap (untuk kanak-kanak riang tak makan pedas) dan sayur kobis tumis campur sotong..Ada telur masin ngan telur dadar tapi tak sempat nak ambil gambar..


Motif aku ambil gambar ayam masak kicap ni sebab yang ni je aku rasa ada hiasan..Yang lain hampeh..Yang penting sedap wokeh..

Memang tepat tekaan aku semua makanan ni licin..Lepas makan aku potong buah pun licin..Seronok je tengok..

Korang jemput tengok jelah ye..^_^

Weekend


Assalamualaikum semua..


Hari ni macam nak bermalas-malasan..Tak boleh pergi mana-mana sebab anak dara aku tuh nak exam..No shopping mall weekend ni..:(

Tiba-tiba dapat call mak abah nak datang dengan kakak aku..Diorang nak pergi kenduri area Seri Kembangan..Balik singgah rumah aku..Kelam kabut bangun dan fikir nak masak apa untuk diorang..

Nanti aku update ye aku masak apa untuk diorang..Special untuk mak abah..hehe~

Thursday, May 15, 2014

Berjaya Time Square Theme Park


Assalamualaikum semua..

Cerita ni pun dah lama..Asal weekend kami tak pernah duduk diam..Ada je aktiviti kami..Kali ni kami lepak kat sini..Boleh dikatakan tiap-tiap bulan aku pergi sini untuk shopping..Tapi kali ni Zamri ajak masuk theme park..

Sebagai seorang isteri dan ibu yang solehah menurut perintah sahaja..Dengan syarat aku tak akan naik permainan orang dewasa punya..Thrill kot kat sini..Bagi anak-anak je seronok..

FYI, aku seorang yang terlalu takut dengan ketinggian..Gayat memang tahap kronik..Naik lif jernih pun aku tutup mata..


Yang ni semua permainan orang dewasa..


Kami berselfie sementara Zamri beli makanan..




Disuruh bergambar muka masing2..Alahai..Sibuk nak main jer..


Anak-anak seronok mak pak pun seronok jugak..


Muka mak2 tunggu anak-anak main..


Tiba-tiba Zamri ajak main permainan dewasa..Nama game tu Space Attack..Zamri kata permainan ni biasa2 jer..Aku pun percayalah..Lagi2 bila Zamri buat muka..Melawan dosa..Maka, pergilah..

Korang nak tahu perasaan aku time ni..Aku rasa nak mati..Lama sikit mungkin aku dah arwah..Macam-macam doa aku baca..Asyik sebut nama Allah je..Dia punya game memang attack jantung aku..Taubat aku tak nak naik lagi..Korang bayangkan naik lif pun aku gayat apatah lagi naik benda alah tu..Hanya Allah je yang tahu perasaan aku..

Bila berhenti aku menggigil teruk..Jalan pun menggigil..Setengah jam jugalah baru hilang aku punya gigil..Memang time tu aku marah Zamri kaw2..Tak ingat dah ada kat public..

Nak tengok game apa yang aku naik..Tengok video kat bawah ni ye..


Mar 4, 2014 | by shajar87 on Keek.com

Seram tak?

Sejak naik benda alah ni gayat aku makin teruk..Macam mana tuh??

^_____^

Wednesday, May 14, 2014

Hari Terakhir Di Pangkor


 Assalamualaikum semua..

Aku tahu entry ke Pangkor tak habis lagikan..Ok aku habiskan hari ni ye..Bangun pagi memang seronok tengok pemandangan yang sangat cantik..

Kami cari sarapan..Restoran yang ada kat resort full..Jalan kaki je..Nasib baik ada gerai jual nasi lemak..Tapi jangan terkejut dengan harganya..Satu nasi lemak biasa RM3.50 ye..

Lepas breakfast kami bersiap2 nak jalan-jalan ronda Pangkor..Kami call teksi pink..Nasib kami ada ambil contact no teksi tu..Teksi caj satu trip RM80 bawak kami jalan-jalan satu Pangkor..Kami dapat yang teksi yang aircond..Ada aku dengar kalo nak aircond kena extra caj..Nasib kami dapat bukan macam tuh..

Tempat pertama persinggahan dekat Pantai Teluk Nipah..Pantai ni pasirnya lain sikit..Halus je..

Kami tak buang masa bergambar sakan kot..


Mak abah..




Bergilir-gilir ambil gambar tapi aku tetap ada..haha~


Kalau kakak aku ada dah lengkap..Waktu ni kakak aku muntah2..


Gambar family..

Lepas kami pergi sini van pink tu bawa kami pergi shopping makanan laut..Aku tak beli pun kat situ sebab sepupu aku dah pesan kalau nak shopping makanan laut baik beli kat Lumut..Murah dari kat Pangkor..

Lepas shopping kami dibawa pergi Tokong..Tokong tu pemandangannya cantik..Lepas tu ada ikan besar..Besar sangat kot..

Last sekali kami pergi Kota Belanda..Kat sini tempat bersejarah je pun..Tak ada apa sangat..Bergambar jelah kami kat sini..




Dah habis kami di hantar ke Jeti Pangkor..Time ni kami belum check out..So, yang lelaki2 patah balik ke resort check out dan bawak beg yang berduyun2 tuh..

Bagi aku trip ke Pangkor memang paling best..Sebab pergi ngan family dan tempat ni memang best dan mungkin aku akan pergi lagi..InsyaAllah..


Tuesday, May 13, 2014

Happy Mother's Day


Assalamualaikum semua..


Selamat hari ibu pada semua ibu, mama, mummy, umi yang baca blog ni..Bukan pada hari ibu je kita hargai ibu kita setiap masa hokeh..

Love,
Hajar

Tuesday, May 6, 2014

Bau Baby


Assalamualaikum semua..


Rindu bau baby..;p

Siapa tak suka bau baby tak normal wokeh..hehe~

Pada yang tak tahu bulan 2 hari tu aku keguguran..Sekarang, dah redha..Tak ada rezeki..

Tengah usaha lagi..haha~

# mood berblog dah kembali..

Perbandingan


Assalamualaikum semua..

Setiap orang ada perbezaan..Dari segi rupa dari segi perangai..Masing-masing tak sama..Jadi, janganlah buat perbandingan dan jangan fikir semua orang boleh buat macam kau buat..

Tak semua orang boleh buat pengorbanan macam kau buat..Lain orang lain caranya..;p

Love,
Hajar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...