Saturday, June 14, 2014

Berries + Strawberry


Assalamualaikum semua..


Pagi ni buat smoothies..Konon2 nak makan secara sihat..Breakfast ni je..^_^

Zamri baru beli blender khas untuk smoothies..Tu yang rajin nak buat..Resepi aku google..Yang ni berries + strawberry + pisang + natural yogurt..

Weekend kali ni kami duduk rumah sahaja sebab Zamri kerja..So, happy weekend uols..:)

Friday, June 6, 2014

Rama-rama @ One City


Assalamualaikum semua..

Sangat malas nak update..Tiap-tiap malam dok layan cerita korea..Kes balas dendam sebab time belajar dulu tak boleh tengok sangat..Aku ni kalau dah start layan memang kemaruk..

Tersedar kena update blog sebab dah 2 3 orang tanya bila nak update blog..Kalau orang tak tegur agaknya aku pun lupa aku ada blog..haha~

Cerita panjang tak guna jom layan gambar aku lepak di One City, Puchong


Rama-rama tu akulah..Baju bercorak rama-rama..^_^


Zamri kalau bergambar mesti nak tunjuk tangan dia..Korang tengok kena redha..Aku dah lama redha..Minat dia ke arah tu..Protein kat rumah tu dah macam boleh jual dah..

Kitorang pergi sini pun Zamri beli protein..Ada kedai jual protein kat sini..

Korang kalau datang sini wajib naik tingkat paling atas..Boleh tengok pemandangan..Dan paling wajib berselfie..haha~

Aku tak tergolong dalam golongan yang suka berselfie..



Tinggi lampai ni adik aku..Tingkatan 5..Memang tinggi macam galah..Sebab ketinggian dialah Zamri suka bawak dia bila ada kerja..Senang katanya..Tak payah pakai tangga..


Cermin ni memang nampak bawah..Aku tak boleh tengok pun..Nak pijak pun aku takut..Aku memang gayat lagilah..


Zamri relaks je..Yelah awak hebat..

Ada orang tanya pasal Zamri sebab dah sasa..Yang tanya tu memang kaki skandal dengan mana-mana lelaki pun..Tak kira laki orang ke hapa..Laki aku sorry ye..Ko kena tepis aku dulu..


Aku suka baju-baju macam ni..Selesa nak pakai..Baju ni tak silap aku beli kat Times Square..Carilah korang kat sana ye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...