Saturday, June 14, 2014

Berries + Strawberry


Assalamualaikum semua..


Pagi ni buat smoothies..Konon2 nak makan secara sihat..Breakfast ni je..^_^

Zamri baru beli blender khas untuk smoothies..Tu yang rajin nak buat..Resepi aku google..Yang ni berries + strawberry + pisang + natural yogurt..

Weekend kali ni kami duduk rumah sahaja sebab Zamri kerja..So, happy weekend uols..:)

Friday, June 6, 2014

Rama-rama @ One City


Assalamualaikum semua..

Sangat malas nak update..Tiap-tiap malam dok layan cerita korea..Kes balas dendam sebab time belajar dulu tak boleh tengok sangat..Aku ni kalau dah start layan memang kemaruk..

Tersedar kena update blog sebab dah 2 3 orang tanya bila nak update blog..Kalau orang tak tegur agaknya aku pun lupa aku ada blog..haha~

Cerita panjang tak guna jom layan gambar aku lepak di One City, Puchong


Rama-rama tu akulah..Baju bercorak rama-rama..^_^


Zamri kalau bergambar mesti nak tunjuk tangan dia..Korang tengok kena redha..Aku dah lama redha..Minat dia ke arah tu..Protein kat rumah tu dah macam boleh jual dah..

Kitorang pergi sini pun Zamri beli protein..Ada kedai jual protein kat sini..

Korang kalau datang sini wajib naik tingkat paling atas..Boleh tengok pemandangan..Dan paling wajib berselfie..haha~

Aku tak tergolong dalam golongan yang suka berselfie..



Tinggi lampai ni adik aku..Tingkatan 5..Memang tinggi macam galah..Sebab ketinggian dialah Zamri suka bawak dia bila ada kerja..Senang katanya..Tak payah pakai tangga..


Cermin ni memang nampak bawah..Aku tak boleh tengok pun..Nak pijak pun aku takut..Aku memang gayat lagilah..


Zamri relaks je..Yelah awak hebat..

Ada orang tanya pasal Zamri sebab dah sasa..Yang tanya tu memang kaki skandal dengan mana-mana lelaki pun..Tak kira laki orang ke hapa..Laki aku sorry ye..Ko kena tepis aku dulu..


Aku suka baju-baju macam ni..Selesa nak pakai..Baju ni tak silap aku beli kat Times Square..Carilah korang kat sana ye..

Monday, May 19, 2014

Yoga Session with WhisperMy


Assalamualaikum semua..

Dapat invitation dari churpchurp untuk join yoga session..Untuk pertama kalinya aku terima invitation..Banyak sesi sebenarnya..Aku pilih 10/05/14 hari tuh..

Nak sampai ke Myoga, Plaza Damas ni sebenarnya aku sesat..Aku guna GPS since Zamri tak pergi..Aku pergi dengan adik aku..Dialah peneman aku hari tu..GPS tunjuk kearah Myoga kat MidValley..Aku tak tahu rupanya Myoga ni banyak cawangan..

So, call pic churpchurp diorang bagi direction untuk cari Hartamas Shopping Centre..Jumpa tapi aku lambat sikit..Dahlah first time pergi event macam ni aku pulak lambat ye..Jangan serik panggil aku udah lerr..

Bila dah masuk kelas ramai lagi lambat rupanya..Lega sikit..

Cerita banyak-banyak tak guna silalah scroll di bawah tengok gambar aku beryoga ye..






Bagi aku pose yang ni paling mencabar nak buat..




Korang jangan ingat buat yoga ni tak berpeluh..Berpeluh jugak tau..


Fokus jangan tak fokus..


Perasan tak sebelah aku adalah Shazwani blogger famous jugalah..Aku selalu baca blog dia dan tengok ig dia..Dia tak sombong..Aku senyum dia senyum balik..Cuma tak sempat nak bergambar berdua dengan dia sebab dia nampak macam nak cepat je..


Penuh barang whisper dalam goodie bag yang aku dapat..Jangan jeles wokeh..Thanks to #WhisperMy and churpchurp for the yoga session..

Sunday, May 18, 2014

Special Dish for My Family..


Assalamualaikum semua..

Tajuk tak boleh blahkan..haha~

Bagi aku special sebab aku jarang nak masak lauk heavy..Ada orang diet kat rumah ni..Maka tak bolehlah masak makanan yang berminyak sangat..

Kali ni boleh masak lauk macam-macam sebab family aku nak datang..Diorang kalau serang confirm licin..


Aku masak asam pedas ayam, ayam masak kicap (untuk kanak-kanak riang tak makan pedas) dan sayur kobis tumis campur sotong..Ada telur masin ngan telur dadar tapi tak sempat nak ambil gambar..


Motif aku ambil gambar ayam masak kicap ni sebab yang ni je aku rasa ada hiasan..Yang lain hampeh..Yang penting sedap wokeh..

Memang tepat tekaan aku semua makanan ni licin..Lepas makan aku potong buah pun licin..Seronok je tengok..

Korang jemput tengok jelah ye..^_^

Weekend


Assalamualaikum semua..


Hari ni macam nak bermalas-malasan..Tak boleh pergi mana-mana sebab anak dara aku tuh nak exam..No shopping mall weekend ni..:(

Tiba-tiba dapat call mak abah nak datang dengan kakak aku..Diorang nak pergi kenduri area Seri Kembangan..Balik singgah rumah aku..Kelam kabut bangun dan fikir nak masak apa untuk diorang..

Nanti aku update ye aku masak apa untuk diorang..Special untuk mak abah..hehe~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...